Babak Dalam Filem Yang Dilakukan Tanpa Dirancang Tetapi Tetap Ditayangkan Kerana Kelihatan Menarik

Tugas seorang pelakon bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Tidak kira berapa lama anda telah terlibat dalam bidang lakonan dan menjadi seorang pelakon yang berpengalaman, ‘lupa skrip’ merupakan satu perkara yang biasa berlaku.

Tetapi, pelakon-pelakon ini dianugerahkan dengan bakat tertentu untuk sentiasa memberikan yang terbaik meskipun keadaan tidak mengizinkan.

Anda pasti terkejut apabila mengetahui terdapat banyak filem-filem hebat di luar sana yang mempamerkan adegan ketika si pelakon sedang sakit, tergelincir tanpa sengaja dan berlakon secara spontan.

Bukan semua adegan filem yang anda lihat dilakukan atas sebab tertentu. Hakikatnya, banyak adegan yang terjadi secara tidak dirancang.

Lihat 10 senarai adegan tanpa skrip yang terjadi tanpa dirancang tetapi berjaya menjadikan filem tersebut lebih baik!

#1 Rocky (1976)

Filem ini mempunyai bajet yang kecil dan semua orang yang anda lihat di jalan bukanlah pelakon tambahan tetapi mereka langsung tidak mengetahui bahawa mereka dirakamkan. Dalam salah satu adegan di mana Rocky berlari di pasar dan seorang lelaki mencampakkan sebiji oren kepadanya bukanlah kejadian yang dirancang.

#2 The Lord Of The Rings: The Two Towers (2002)

Ketika babak Eowyn sedang merenung, dapat dilihat sehelai bendera tercabut dari tiang dan terbang dibawa angin. Ia mungkin kelihatan dirancang tetapi hakikatnya tidak.

#3 Guardians Of The Galaxy (2014)

Babak di mana Peter terjatuhkan glob di tangannya itu adalah tanpa sengaja. Pelakon Chris Pratt sememangnya seorang yang cemerkap dan masih mengekalkan karakter yang dibawa dalam filem tersebut.

#4 Raiders Of The Lost Ark (1981)

Dalam babak ini menunjukkan Indiana Jones sedang berhadapan dengan seorang pahlawan yang bersenjatakan pedang. Sepatutnya, kedua-duanya perlu bertarung habis-habisan. Namun begitu, pelakon Harrison Ford yang tidak sihat ketika itu dan tidak mampu untuk melakukan aksi berlawan.

Jadi, pengarah mengambil keputusan untuk melakukan perubahan kecil. Daripada bertempur, Indiana hanya perlu mengeluarkan pistolnya dan menembak penjahat berkenaan.

#5 Thor: The Dark World (2013)

Dalam babak ini, pelakon Chris Hemsworth cuba bertindak lucu dengan menyangkutkan penukulnya pada rak pakaian. Tindakan spontannya ini diterima baik oleh pengarah dan dimasukkan dalam filem.

#6 The Princess Diaries (2001)

Anne Hathaway melakonkan watak gadis biasa yang merupakan pewaris takhta bagi kerajaan Genovia. Ketika menjayakan babak ini, Anne dan rakan baiknya perlu berjalan di atas bangku namun Anne telah tersungkur tanpa sengaja. Kejadian ini kelihatan bersesuaian dengan karakter watak utama yang cemerkap sekali gus dimasukkan ke dalam filem.

#7 Avengers

Robert Downey Jr. adalah seorang yang kuat makan. Pengarah telah menjadikan tabiat ini sebagai sebahagian daripada karakter Iron Man.

#8 Fast And Furious 6 (2013)

Salah satu babak lucu dalam filem ini adalah apabila Roman berkata, “Hei Mia, lebih baik awak sorokkan minyak bayi awak.”

Skrip tersebut dibalas oleh Hobbs, “Lebih baik awak sorokkan dahi yang luas itu.”

Respon yang diberikan oleh Hobbs dilakukan secara spontan dan hal ini membuatkan reaksi pelakon-pelakon lain benar-benar asli!

#9 Blade Runner (1982)

Pelakon Daryl Hannah sepatutnya berlari dalam keadaan panik dan tergelincir lalu memecahkan cermin tingkap sebuah van dengan sikunya. Namun, Daryl benar-benar mengalami kemalangan dan sikunya retak sehingga memaksa Daryl dikejarkan ke hospital.

#10 The Other Guys (2010)

Babak ini memaparkan Terry berkata bahawa sekiranya dia adalah seekor singa dan Allen adalah tuna, dia akan berenang di dalam laut dan memakan Allen. Berdasarkan skrip asal, Allen tidak sepatutnya memberikan sebarang respon namun pelakon berkenaan cuba mengubah keadaan dan menjelaskan mengapa idea singa berenang itu adalah idea yang teruk lalu menumpahkan air ke Terry.

 

Sumber: Bored Panda via EraBaru

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*