“Sepanjang 14 Tahun Kahwin, Dah Pernah Buat 1VF 4 Kali” – Isteri Adi Putra Kongsi Kisah Mengusik Jiwa

Isteri pelakon popular, Datuk Adi Putra, Datin Aida Yusof akui redha menantikan rezeki kehadiran cahaya mata walaupun sudah lebih 14 tahun berkahwin.

Aida berkongsi kisah mengusik jiwa itu menerusi keratan temu bualnya bersama majalah Nona baru-baru ini.

Video pendek yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya itu memaparkan kisahnya yang sebelum ini pernah menjalani kaedah rawatan kesuburan persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF) sebanyak empat kali.

Melalui kaedah tersebut, Aida akui pernah hamil kembar sebanyak tiga kali manakala yang terakhir adalah kembar tiga (triplet).

“Sepanjang 14 tahun berkahwin, jujurnya saya dah pernah buat IVF empat kali… Tiga kali mengandung kembar dan yang terakhir sekali triplet.

“IVF tak membebankan walaupun saya terpaksa ambil svntikan setiap hari di kiri dan kanan perut. Saya tetap tidak berputus asa kerana saya sukakan kanak-kanak. Dapat seorang pun okay…

“Suami banyak beri semangat. Selagi belum ada rezeki kami akan terus cuba. Saya ambil semangat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia tunggu 11 tahun untuk dapatkan zuriat.

“Saya reda. Walaupun tak dikurniakan anak, saya sudah ada dua orang anak angkat,” kongsinya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Aida dapat memperolehi Zuriat seperti yang diidamkan selain memberikan kata-kata semangat.

Komen Netizen:

Dengan izin Nya..saya pun 14 tahun kawin baru di kurniakan zuriat ..syukur alhamdulillh..bersabarlah.. InsyaAllah Datin..Allah swt lebih mengetahui segala2nya.

Semoga Allah Permudahkan urusan Datin…

Semoga cepat di berikan keturunan

 

Mungkin ada hikmahnya…. Saya 12 thn kawin belum dikurniakan anak… Tahun lepas saya gugur saya tak tahu pun mengandung…. Tak terucap dengan perasaan tapi saya kena redha kuat semangat untuk kembali sembuh dlm masa berpantang… Saya ubati perasaan sendiri sampai saya berdoa agak x de kawan2 DTG melawat saya x nak menangis…. Tapi Allah maha mengetahui apa yang dia rancangkan

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Infront of the Esentepe Hill which has a good Panoramic View of Cappadocia. 😍🇹🇷 #taatpadayangsatu #adpfamily

A post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Allah Maha Kuasa..😍 #taatpadayangsatu #adpfamily

A post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Walau ujian mana sekalipun, jgn tertinggal senyuman itu. Smile Anje 😊 @aidayusof786 #taatpadayangsatu #adpfamily

A post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*