Tindakan David Beckham Setelah Gadis Bertudung Hijau Tidak Sambut Tangan David Beckham Utk Bersalaman

Disclaimer : cerita ini disiarkan pada September 23, 2017, throwback untuk menunjukkan bagaimana tinggi nya nilai seorang muslimah sejati.

Bersua muka dan berjabat tangan dengan bintang bola sepak kegemaran ramai, David Beckham adalah peluang yang mungkin datang sekali dalam seumur hidup kita yang tinggal di Malaysia ini.

Semalam, bekas pemain Real Madrid berusia 42 tahun itu datang ke Malaysia sempena program ekslusif AIA Vitality Wellness Festival, susulan pelantikannya sebagai Duta Global AIA pada Mac lalu.

Rata-rata peminat bola sepak tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dengan suami kepada Victoria Beckham itu. Kehadirannya disambut meriah di acara yang diadakan di Pavilion itu dan pastinya peminat fanatik terutamanya gadis menjerit ‘histeria’ saat Beckham membuat kemunculannya.

Beberapa individu terpilih dilihat berpeluang naik ke atas pentas untuk berjumpa dan berjabat tangan dengan bapa kepada empat anak itu. Namun, seorang gadis tempatan mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat menolak untuk berjabat tangan dengan Beckham.

Sebuah rakaman video tular di media sosial menunjukkan Beckham menghulurkan tangan kepada mereka yang naik ke atas pentas namun ketika tiba giliran gadis berkenaan, dia sebaliknya menolak. Bagus lah!

Gadis bertudung hijau dan berbaju hitam lengan panjang itu dilihat menolak dengan cara yang baik demi menjaga batasnya sebagai wanita muslimah.

Bintang bola sepak pujaan ramai itu juga boleh dilihat bersikap profesional kerana masih tersenyum dan mengangguk tanda faham.

Netizen yang menonton rakaman itu rata-rata memuji tindakan gadis berkenaan yang masih menjaga batas serta Beckham yang bersikap profesional.

VIDEO :

Selain itu, ramai turut berpendapat bahawa tindakannya wajar dicontohi orang lain. Betul tu!

“Walaupun dapat salam percuma dengan Beckham, dia tetap ingat batasannya sebagai perempuan.”

“Berkat ajaran orang tuanya, hebat ibu bapanya mendidik adik tersebut.”

“Tak ada benda nak dimalukan pun sebenarnya kalau orang tak sambut salam kita atas sebab bukan mahram.”

Bagus tindakan gadis itu. Tidak semestinya kita perlu bertindak di luar kawalan dan

mengetepikan batas sebagai seorang Islam ketika berjumpa dengan personaliti antarabangsa. Sumber: LobakMerah, Kredit:SanaSiniViral

14 Fakta Menarik Tentang Beckham

David Beckham telah bermain dengan pasukan besar seperti Manchester United, Real Madrid,AC Milan(pinjaman), La Galaxy dan mengakhiri karier bola bersama kelab PSG.

Artikel ini akan memberikan anda fakta tentang lagenda bolasepak ini.

1. Nama sebenar Beckham adalah David Robert Joseph Beckham.

2. Beckham dilahirkan pada 2/5/1975 di London, England.

3. Subjek yang diminati oleh Beckham di zaman persekolahannya adalah seni. Rare betul.

4. Kaki kanan beliau lebih panjang dari kaki kiri beliau. Sebabnya, latihan sepakan percumanya yang maha dasyat.

5. Pada tahun 1997, beliau berjaya mengorat Victoria “Posh Spice” Adams. Lepas mengorat mestilah mereka akan berkahwin bukan? Perkahwinan beliau bersama Victoria telah mendapat liputan meluas. Kos perkahwinan pada masa tu mencecah $800,000. Tu tak ada SPM atau Ijazah tu. Kalau tak berapa la mak Victoria ni letak hantaran.

6. Beckham mempunyai penyaklt obsessive-compulsive disorder (OCD). Segala-galanya mestilah teratur dan juga mestilah berpasangan.

7. David Beckham adalah raja carian di google pada tahun 2003 dan 2004 dalam kategori sukan.

8. Beliau juga bolehlah dikatakan icon fesyen bagi gaya rambut untuk semua lelaki didunia ini. Dari gaya rambut Trunks, mohawk, skinhead, sehinggalah gaya rambut botak.

9.David Beckham satu-satunya pemain Inggeris yang berjaya menjaringkan gol dalam tiga edisi kejohanan piala dunia.

10. Pada tahun 2015, dunia mengundi beliau sebagai Lelaki paling s3ksi di dunia.

11. Beckham mempunyai 20 tatoo di seluruh badannya.

12. Beckham mengatakan, beliau berlatih mengambil sepakan percuma beratus kali sehari. Jika ada jin yang merasuk beliau, maka beribulah dia akan berlatih sepakan percuma sehari!

13. Selain latihan yang berterusan, beliau mendedahkan satu lagi rahsia bagaimana dia boleh menguasai teknik sepakan percuma. Dia mengatakan, semasa dia kecil. Beliau selalu menendang anak patung milik kakaknya. Pelik betul.

14. Beckham juga antara penyebab mengapa perempuan di seluruh dunia meminati bola sepak. Sumber : Thesukan

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*