Menang Pelakon Antagonis Pilihan Di DFKL, Ucapan Azhan Rani ‘Makan Dalam’

Semalam telah berlangsungnya Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Ternyata drama Nur arahan Shahrulezad Mohamedin berjaya membolot enam buah anugerah daripada sepuluh secara keseluruhan.

Namun begitu, salah satu anugerah yang mencuri perhatian netizen adalah Anugerah Pelakon Antogonis Pilihan yang menjadi milik Azhan Rani. Watak Ustaz Syed Mahadi, yang dilakonkan telah berjaya melonjakkan lagi nama pelakon tersebut. Tahniah!

Bukan untuk aku, tapi untuk korang

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

inilah dia.. bukan untuk aku tapi untuk korang.. korang yang mahukan.. syukur dan terima kasih kerana melakarkan secoret kenangan indah dalam sisa hidup aku ini. sebagai azhan rani ini dah lebih daripada sepatutnya yang aku dapat.. bukan ini yang aku cari pun selama ini.. terus diterima, dibukakan rezeki dan dipilih menjayakan karya2 baik itu sudah satu anugerah. namun seperti apa yang aku katakan tadi di atas pentas aku mewakili mereka yang punya bakat namun andai hadir dengan kurang ‘pakej’ usah lagi kita sentap, kita rajuk.. kita positif sahaja dan pegang pada nawaitu kita.. moga anugerah di tangan ini menyuntik semangat rakan2 seperjuangan aku yang lain terus melipat gandakan usaha. tabah dengan apa pun cabaran.. dan seandai di puncak kejayaan jangan biarkan keangkuhan datang walau sedetik dalam hati.. moga kata2 ini jadi peringatan buat diri aku sendiri. umur pun makin tua kot2 aku cakap harini esok aku lupa tolong luku kepala aku. terima kasih atas ucapan tahniah yang bertalu2 aku terima.. mata ngantuk dan esok pun kerja.. aku try scroll mana yang mampu baca tapi ampun tak mampu nak balas semua. mohon jangan dilambung aku terlalu tinggi. segala puji adalah buat Allah yang mengizinkan kebaikkan. terima kasih kepada @budakijat yang memberi semangat dan aura positif dia untuk aku hadir malam tadi, @radiusone_official juga @tv3malaysia yang memberi ruang untuk aku dalam karya besar #nur ini. juga director @khanmancung yang terpaksa pecah kepala nak habiskan juga scene aku di kuala selangor tadi semata2 nak pastikan aku sampai di majlis ini tadi.. maaf tshirt murah tu aje yang terbaik ada dalam kereta yang aku boleh pakai tadi. plag kemenangan ini aku hadiahkan untuk @radiusone_official dan tak akan ku bawa pulang ke rumah.. bimbang nanti terdetik rasa megah dan terlalu selesa dengan apa yang ada ini.. aku cuma nak terus menyumbang kepada kerja yang aku sayang ni.. izinkan aku untuk terus berada di sini.. terima kasih atas semua doa juga sokongan buat aku dan drama #nur.. dah tak yah nak serius sangat.. esok episod 4 #nur2.. standby mode marah dan kecaman korang balik.. aku dah rindu!❤️🙏😍😘

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Menerusi Instagram pelakon tersebut, dia menyatakan anugerah tersebut buat semua team produksi Nur kerana telah memberi peluang buat dirinya untuk menjayakan karya tersebut.

Hilangkan sentap, hilangkan rasa kecil hati

Mewakili para pelakon yang tiada rupa namun mempunyai bakat ketika memberi ucapan, pelakon tersebut menegaskan agar pelakon yang senasib dengannya tidak boleh berputus asa untuk terus berdiri di dalam industri hiburan Malaysia. Bukan itu sahaja, dia juga berharap agar penggiat seni yang lain dapat terus positif agar kejayaan boleh dicapai.

Kata-kata ‘menyengat’ membuatkan ramai bersorak

Kata-kata menyengat itu membuatkan ramai bersorak termasuk pengarah drama berkenaan yang berdiri memberikan tepukan gemuruh selepas mendengar ucapan tersebut.

Family Nur

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

ini kasih sayang yang Allah SWT bagi untuk aku.. mungkin tak sebertuah orang lain tapi aku ada mereka.. mereka adalah family #nur.. bukan untuk bermegah2 tapi sedikit kurniaan Allah malam tadi aku tujukan istimewa buat mereka dibelakang tabir ini.. kerja produksi ni kerja team.. kadang2 rasa tak adil dinobat terbaik kerana jadi baik tu hasil keringat beramai2 .. tu belum tanya editor #nur @hafeezmohdnoor berapa banyak take yang jahanam dia potong siap2 untuk selamatkan acting ko yang ke laut dalam.. dan mereka2 dalam video ini adalah tulang belakang siang malam berhempas pulas untuk seketul piala yang mampu diberi pada seorang saja. family #nur2 ku .. award tu ada di office @radiusone_official .. itu untuk korang semua.. pergilah sana kalau nak tengok.. hahaha gaduh tetap gaduh.. lain kali time nak shooting jangan ajak aku bersembang ❤️❤️❤️ korang ketat2 @budakijat @radiusone_official @dramaradiusone @dramasangat @syafiqkylez @aamyrarosli @khiriah17 @azarazmi @fatimahabukar @jalaludinhassan @therajaatiqullah @jijiezainal @eyra.hazali @makuda_yati @hasrulnizamosman @rienadiana_ @mathnirazak7 @kunamuzani @onechinoiz @remy__maghrib @ucheefukada @eiza681 @ribenashah @imanali71 @atokrejang_73 @bunga.qu @amhus_amiegus @farishanafiadnan @joe_daim @kemaray @didiradzuan @naqi.ahmad @aiskrimikat

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Antara reaksi keluarga Nur ketika menunggu keputusan anugerah tersebut.

Ucapan tahniah daripada rakan artis

Rakan artis dan netizen turut mengucapkan tahniah atas kemenangan yang diraih oleh pelakon tersebut.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Ohbulan

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*