
Walaupun ada ura-ura menyatakan operasi pencarian Acap dihentikan,namun update terbaru di Facebook Team Rescue Bencana Malaysia masih lagi meneruskan misi pencarian Acap.
Dipetik dari: Facebook Team Rescue Bencana Malaysia
Sudah hari ke19, dimana kamu Mohammed Ashraf Bin Hassan. Segala cara dan kawasan kemungkinan sudah digunakan dan dicari tapi tiada perjumpaan atau hasil. Jika kamu masih hidup, berilah sesuatu signal atau tanda untuk kami cari kamu. Jika kamu m4ti tolonglah tunjukkan dimana tubuh badan kamu.
Komen
Sudah hari ke19, dimana kamu Mohammed Ashraf Bin Hassan. Segala cara dan kawasan kemungkinan sudah digunakan dan dicari…
Posted by Team Rescue Bencana Malaysia
Kami dapat laporan daripada Orang asli berkata terjumpa bangkai reput dibelakang bukit berdekatan dengan track larian. Kami panjat dan daki bukit itu selama 1 jam hampir ke kemuncak. Pakar daripada JBPM dan ATM kami menggesahkan itu bangkai binatang dan bukan manusia yang telah mati lebih 12hari. Kami masih mendoakan supaya cepat jumpa Ashraf di Gopeng ini. Dengan izin Allah SWT kami cuba buat yang terbaik utk mencari mangsa yang hilang selama 16 hari lalu disini.
Kami dapat laporan daripada Orang asli berkata terjumpa bangkai reput dibelakang bukit berdekatan dengan track larian….
Posted by Team Rescue Bencana Malaysia
Hari ke-18: Hutan, bukit, gua semua dah diredah… “ Di mana Acap ni, kami dah tak larat”
HAMPIR keseluruhan lokasi panas peserta Gopeng Ultra Trail, Mohamad Ashraf Hasan yang dipercayai ‘ghaib’ sudah dijejaki tetapi kehilangan jejaka itu kekal misteri.
Pencarian yang bermula dari Bukit Batu Putih, Gua Tempurung, Gua Kandu dan kawasan sekitarnya sehinggalah laluan ke lebuh raya turut diselusuri pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
Bukan sekadar anggota beruniform yang turun padang malah sukarelawan, individu mahupun kumpulan yang mendakwa mampu menyelesaikan misteri kehilangan Mohamad Ashraf atau lebih dikenali sebagai Acap gagal meleraikan teka-teki itu.
Anuar Yahya, salah seorang sukarelawan yang menyertai operasi SAR sejak hari pertama menyifatkan pencarian tersebut sebagai amat rumit.
Acap dipercayai hilang sejak 23 Mac lalu.
“Saya dan sembilan lagi rakan yang lain sudah buntu. Pencarian sudah dilakukan di hampir semua lokasi hotspot tetapi tiada sebarang petunjuk.
“Pencarian ini agak rumit… penuh tanda tanya. Jejak dia tak ada, kami hanya bergantung dengan isyarat telco semata-mata,” katanya kepada mStar Online pada Isnin, hari ke-18 kehilangan Acap.
Jelas Anuar, pencarian mereka bertumpu di sekitar lebuh raya kerana khuatir Acap menggunakan laluan tersebut untuk sampai ke garisan penamat.
“Boleh jadi dia masuk highway sebab dia peserta terawal… nombor lapan terawal. Laluan highway (Plus) itu boleh tembus Gopeng.
“Kiranya kawasan 8di bawah terowong dekat telco memang boleh menuju ke highway… ke sungai dan kawasan berpaya. Last orang jumpa dia masa dekat terowong,” katanya.
Bagaimanapun sukarelawan berusia 42 tahun itu berkata segenap hutan di sekitar lebuh raya sudah diredah, hanya kawasan berpaya sahaja yang belum sempat diselusuri.
“Kami dah redah belukar cuma kawasan berpaya sahaja yang belum. Memang banyak pokok-pokok besar dan tebing curam, semua kami dah masuk.
“Tapi memang tak jumpa dia. Jadi kami minta siapa yang ada kebolehan (melihat entiti atau makhluk halus) untuk turun tengok keadaan di sana,” katanya.
Pada masa sama, Anuar yakin Acap tidak akan tersesat kerana dia pernah menyertai larian tersebut sebelum ini.
“Saya tak fikir dia boleh sesat sebab ini bukan kali pertama dia join Gopeng Ultra Trail.
“Saya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Group Ultra. Jadi mustahil itu berlaku,” katanya.
Anuar yang berasal dari Pahang berkata walaupun pelbagai teori dikaitkan dengan kehilangan Acap, dia enggan membuat sebarang andaian berhubung kisah misteri itu.
Bunyi aneh itu dirakam semasa pencarian di lokasi 1 berdekatan dengan highway.
“Macam-macam cerita. Ada orang kata dia mungkin cedera akibat terjatuh… ada juga kata dia kena peluk dengan jin bersayap (sang kelembai).
“Namun tiada siapa yang boleh sahkan semua teori itu. Jadi tak boleh komen apa-apa. Ramai orang suruh buat macam-macam dekat sana tapi kami semua dah tak larat.
“Insya-Allah kami akan buat carian semula di sana nanti tapi tak pasti lagi hari apa,” katanya yang baharu sahaja selesai melakukan pencarian di sekitar lokasi tersebut, malam Isnin.
Hari ini genap 18 hari kehilangan Acap. Marilah kita berdoa agar Acap selamat dan Allah memberi sedikit petunjuk kepada pasukan SAR supaya misteri ini segera terungkai
Ps:Marilah kita doakan semoga kes Acap ini dapat menemui titik noktah dengan segera supaya tidak lagi timbulnya pelbagai fitnah dan pertanyaan yang membelenggu rakyat Malaysia.
Sumber: Mstar online.
Leave a Reply