“Saya terpaksa pakai tuala wanita, pampers” – Tiga tahun latihan, lelaki ini reda tak dapat pentauliahan

SETELAH hampir setahun disahkan bebas daripada k4nser limfoma hodgkin, kehidupan jejaka ini sekali lagi diuji apabila dia baru-baru ini disahkan menghidap k4nser usus tahap tiga.

Reda dengan ketentuan Ilahi, Mohamad Nor Imran Mat Shah bagaimanapun enggan mengaku kalah dan nekad untuk melawan peny4kit yang dihadapinya.

Kisah mengenai Imran menjadi tular setelah dia membuat perkongsian di laman Twitter.

Bercerita lanjut kepada mStar Online, Imran mendedahkan dia didiagnos dengan k4nser buat kali kedua pada awal tahun ini.

“Saya kena k4nser limfoma hodgkin pada tahun 2015, waktu tu tahap dua. Setelah buat rawatan, saya bebas k4nser pada awal 2018.

“Hujung Disember 2018, saya rasa ada sesuatu yang tak kena apabila mengalami pend4rahan sewaktu buang air besar. Masa bulan Januari tahun ni saya dapat tahu saya ada ka

4nser usus, dah tahap tiga,” ujarnya sewaktu dihubungi pada Rabu.

Setelah bebas k4nser pertama, dia kini menghidap k4nser kedua pula yang didiagnos awal tahun lalu.

Menurut jejaka berusia 23 tahun itu, dia telah menyembunyikan tentang k4nser pertama daripada pengetahuan keluarganya.

Namun kali ini dia memilih untuk berterus terang kerana k4nser yang dihidapi sudah berada di tahap tiga.

“K4nser pertama, hanya beberapa rakan sahaja yang tahu. Tapi kali ni sesuatu yang besar bagi saya, jadi kena beritahu keluarga.

“Mereka memang menyokong saya, tapi ment4l saya memang kuat sebab masa kena pertama kali dulu saya hadapi seorang diri sahaja.

“Saya kena m4rah juga sebab sembunyikan k4nser yang dulu, mereka anggap saya abaikan keluarga. Tapi saya sebenarnya tak nak susahkan ibu bapa,” kata Imran yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Bercerita mengenai kesulitan yang dihadapinya, Imran mendedahkan dia terpaksa memakai tuala wanita dan lampin pakai buang untuk mengelakkan berlakunya pend4rahan.

Malah dia juga muntah-muntah setiap hari selain disahkan pihak hospital bahawa dia perlu menjalani rawatan kem0terapi selepas ini.

Saya terpaksa pakai tuala wanita, kawan perempuan tolong belikan. Bila d4rah terlampau banyak, saya pakai pampers pula.

MOHAMAD NOR IMRAN MAT SHAH

Bercerita lanjut tentang kesulitannya, dia pada mulanya agak kurang selesa namun kini sudah terbiasa memandangkan ia dipakai untuk tujuan kebersihan termasuklah memudahkan urusan harian seperti beribadah dan sebagainya.

“Selepas rawatan pertama, ada sesuatu berlaku yang mana pada waktu tu saya sedang berjalan dengan kawan, mereka tegur ada d4rah di seluar saya. Tapi tak s4kit pun.

“Saya terpaksa pakai tuala wanita, kawan perempuan tolong belikan. Bila darah terlampau banyak, saya pakai pampers pula.

“Agak sukar khususnya sewaktu berada di tandas awam atau nak solat di surau, orang pandang pelik tengok keluar dari tandas lelaki bawa tuala wanita.

“Setiap dua jam kena tukar, mula-mula memang tak selesa. Tapi saya dah terbiasa, nak buat macam mana. Selepas ke hospital dan diberi ubat, ia semakin berkurang sekarang,” ujar Imran lagi.

Dalam pada itu, peny4kit yang dihidapi juga menyebabkan Imran gagal untuk menerima Pentauliahan Diraja Pegawai Muda Palapes Universiti Awam pada Ogos ini yang disertainya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Selangor, selepas tiga tahun menyertai latihan.

Walaupun begitu, semangat pejuang tetap ada dalam dirinya dan Imran percaya ada sesuatu yang lebih baik telah diatur untuk dirinya pada masa akan datang.

Kata Imran, dia menyembunyikan k4nser pertamanya daripada pengetahuan keluarga kerana enggan membebankan mereka.

Imran kini berada di tahun keempat pengajian dalam bidang Sains Politik dan dia menyimpan hasrat untuk menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), suatu hari nanti.

Mengulas mengenai kehidupan kampusnya, Imran berkata dia bersyukur dikelilingi rakan-rakan yang banyak membantu serta memberi sokongan buat dirinya.

Namun, dia mengaku agak sedih apabila segelintir individu bertanya soalan yang tidak sensitif mengenai peny4kit yang dihidapinya.

Kisah Imran menjadi tular setelah dikongsi olehnya sendiri di laman Twitter.

“Ada juga yang tak faham, ada yang tanya k4nser ni berjangkit tak, boleh makan sekali tak?

“Ada juga yang tanya, serius ke pakai tuala wanita? Rasa apa?

“Tapi saya tak salahkan mereka, mungkin mereka sekadar bertanya. Saya anggap macam angin lalu sahaja. Memang sedih tapi mungkin mereka kurang tahu,” kata Imran lagi.

Tambahnya lagi, dia turut menerima banyak sokongan daripada netizen menerusi laman sosial miliknya setelah kisah itu tular dan menerima lebih 7,000 ulang kicau (Retweet) di laman Twitter.

Malah, ada juga individu yang sanggup menghulurkan bantuan kewangan buat dirinya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*