[VIDEO] ‘Aiyak, Au, Auuuu’ – Wartawan Dis0nd0l Lembu Depan Kamera Cuit Hati Netizen

Masalah haiwan peliharaan dilepaskan tanpa pengawasan pemiliknya sehingga menyebabkan k3mal4ngan jalan raya sudah kerapkali kita dengar. TV3 menerusi segmen Aduan Rakyat melaporkan isu ini semalam dalam Buletin Utama.

Apa yang mencuit hati adalah lembu-lembu terbabit seakan ‘marah’ apabila wartawan Juliana Sharin membuat liputan isu terbabit sehingga meny0nd0lnya di depan kamera.

Tinjau masalah lembu di Klang

Krew Aduan Rakyat ke Bukit Tinggi, Klang untuk meninjau masalah lembu berkeliaran di kawasan bandar itu. Juliana kemudiannya membuat stand-upper berlatarbelakangkan beberapa ekor lembu di satu jalan di bandar itu.

Ketika bercakap di depan kamera, salah seekor lembu bertanduk besar telah meny0nd0l wartawan itu. Masih mengekalkan profesionalisme, Juliana tetap meneruskan laporannya seperti biasa walaupun sedikit terganggu dengan insid3n tidak disangka itu.

Video berkenaan dimuatnaik ke laman sosial antaranya Facebook dan Twitter sehingga mendapat perkongsian netizen yang geli hati dengan gelagat lembu itu.

Marah halang nak masuk TV

Geram cakap pasal dia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Buletin Utama via Ohbulan

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*