Rekaan Kreatif Dua Pelajar Ini Berjaya Hasilkan Sistem Hidupkan Enjin Motosikal Guna Cap Jari Saja

Sebelum ini pernah tular dengan satu ciptaan pelajar yang menghidupkan enjin motosikal menggunakan aplikasi dan kad. Namun kini satu lagi rekaan yang mendapat perhatian media tempatan, iaitu menghidupkan enjin motosikal menggunakan cap jari.

Kes kecurian motosikal yang kian berleluasa kini mencetuskan idea buat dua pelajar menciptakan sistem menghidupkan motosikal dengan lebih mudah dan selamat ini.

Dua pelajar tahun akhir Diploma Teknologi Elektronik Vokasional (KV) Bachok, Kelantan ini menghasilkan sistem itu untuk projek tahun akhir mereka.

Wan Amiruddin Wan Amran, 19 dan Adeeb Aideen Mat Yusof, 19 menjelaskan sistem kunci ini boleh juga dipasang pada kereta yang menggunakan butang elektronik.

Menerusi laporan Harian Metro, mereka berdua ambil masa 6 bulan untuk merealisasikan idea ini dan kos sistem tersebut hanya kira-kira RM500.

Difahamkan juga ciptaan ini menggunakan perisian Arduino yang dilengkapi sistem rakaman suara dan LCD dengan perkakasan alat pengimbas jari ditempah daripada luar negara.

Hebat daya kreativiti anak muda kini!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Harian Metro via HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*