“Dalam Kehidupan Untuk Dapatkan Sesuatu, Kamu Harus Lepaskan..” – Fizo Omar

Pelakon dan usahawan Fizo Omar akui ada hikmah di sebalik percraian yang berlaku antara dirinya bersama bekas isteri, Mawar Abdul Karim.

Menurut Fizo, dia reda dengan dugaan tersebut kerana ada kebaikan di sebaliknya, walaupun bukan untuk dirinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jangan takut untuk mengambil satu langkah besar bila memang itu diperlukan. Anda tak akan bisa melompati jurang dengan dua lompatan kecil.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

“Saya dulu banyak d0sa. Mungkin Allah bagi ini untuk hapus d0sa saya.

“Allah nak mengajar saya dan saya terima. Setiap benda berlaku ada hikmah di sebaliknya. Kita selalu tak nampak. 

“Contohnya kita marah bila hujan turun tapi kita tidak tahu yang sebenarnya ramai lagi orang yang perlukan hujan.

“Pokok-pokok perlukan hujan, kita marah sebab kita basah. Jadi kita pentingkan diri sendiri.

“Berlakunya benda itu dekat saya mungkin ada kebaikan walaupun bukan untuk diri saya tetapi untuk orang lain, saya reda.

“Sebab dalam kehidupan untuk dapatkan sesuatu, kamu harus lepaskan sesuatu,” katanya dalam sesi temu bual bersama Zayan.

Pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar ini melahirkan rasa syukur kerana masih berpeluang untuk memperbaiki diri sendiri.

Dalam pada itu, Fizo juga berharap perkongsian ini dapat menjadi inspirasi kepada semua orang. 

“Alhamdulillah, apa yang saya boleh katakan sekarang ini sangat positif, hubungan saya dengan Mawar okay.

“Saya lebih hargai anak saya serta perbaiki kesilapan-kesilapan lama yang telah saya buat.

“Saya terlalu sibuk, terlalu fokus kepada duniawi. Dengan sendiri Allah mengajar saya dengan cara itu.

“Sebenarnya saya bersyukur tetapi bukan disebabkan saya bercrai. Allah mengajar saya, menguji saya dengan cara macam ini buatkan saya sedar saya boleh perbaiki diri saya.

“Mungkin cerita hidup saya boleh bagi inspirasi kepada semua orang supaya tidak melakukan kesilapan yang pernah saya lakukan sebelum ini,” tambahnya lagi.

Video yang dimuat naik di YouTube Zayan My itu kini mendapat lebih 34,000 tontonan.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam, 2.

Pasangan itu memutuskan untuk bercrai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi pada 10 Julai lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*