“Terima Kasih BTS” – Hormati Azan Dan Peminat Muslim, BTS Hentikan Latihan Konsert Seketika

Kumpulan K-Pop terkenal BTS mendapat perhatian peminat muslim diseluruh dunia selepas menghentikan seketika sesi latihan untuk konsert yang berlangsung hari ini.

Difahamkan tindakan tersebut dilakukan bagi menghormati azan yang berkumandang dan juga peminat muslin di Riyadh, Arab Saudi.

Menurut peminat yang berada di luar Stadium King Fadh, mereka memberitahu keadaan di stadium itu bertukar senyap sebaik sahaja azan dilaungkan.

Mereka berkongsi perkara itu menerusi akaun Twitter dan meluahkan rasa bangga serta terharu kerana kumpulan itu menunjukkan rasa hormat kepada negara Islam berkenaan.

BTS hadir ke negara berkenaan untuk mengadakan konsert ‘LOVE YOURSELF: SPEAK YOURSELF’ yang dijadualkan berlangsung di Stadium King Fahd malam ini.

Selepas Riyadh, BTS akan meneruskan siri jelajah yang terakhir untuk tema ‘LOVE YOURSELF: SPEAK YOURSELF’ di Korea pada 26, 27 dan 28 Oktober depan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*