“Mukanya berwajah Asia” – Bapa Biologi Anak Bakal Terjawab, Rihana Oksana FaiI Petisyen

Teka-teki mengenai bapa kandung anak lelaki Rihana Oksana Gorbaenko bakal terjawab apabila bekas ratu cantik Moscow itu memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Daerah Dogomilovsky.

PerbaIahan mengenai status anaknya itu akan diputuskan mahkamah – di mana hakim mungkin akan memerintahkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menjalani ujian DNA.

Memetik laporan akhbar Britain, Daily Mail, petisyen berkenaan menamakan Sultan Muhammad V sebagai defendan, selepas menuntut elaun bulanan kira-kira RM123,000 dan hartanah di Moscow dan London bernilai RM47 juta.

Oksana, 27 tahun, sebelum ini enggan meneruskan k3s berkenaan kerana beranggapan ia boleh diselesaikan dengan baik.

“Bagaimanapun sekarang dia memfailkan semula tuntutan paterniti selepas tiada kemajuan dalam tuntutan penyelesaian, termasuk elaun bulanan anak sebanyak £24,000 sebulan, sebuah apartmen berharga £1.2juta di Moscow dan selepas itu rumah berharga £8 juta di London,” petik Daily Mail.

Ia susulan penafian peguam Sultan Muhammad V yang menolak dakwaan statusnya sebagai bapa biologi anak Oksana, tiga bulan lalu.

Akhbar berkenaan juga berkata, mahkamah boleh menerima tuntutan paterniti Oksana melalui penghakiman ingkar, sekiranya Sultan Muhammad V enggan menghadiri pendengaran kes atau menjalani ujian DNA.

Oksana menegaskan anaknya, Leon, merupakan hasil perkahwinan mereka.

“Mukanya serupa bapanya dan berwajah Asia,” kata beliau dalam satu temu bual sebelum ini dengan menegaskan anaknya merupakan hasil perkahwinan mereka.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Lobak Merah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*