Niat Murni Zul Huzaimy Jika Menang All Stars Buka Panggung, Mahu Bawa Ibu Tunai Haji

Berjaya lolos ke peringkat akhir All Stars Buka Panggung, Zul Huzaimy Marzuki tidak menyangka rezeki menyebelahi dirinya malam tadi.

Meletakkan sedikit harapan untuk bergelar juara, Zul turut bernazar wang kemenangan bernilai RM50,000 akan dihadiahkan kepada ibunya untuk mengerjakan Haji.

“Harapan itu ada. Saya kesian lihat ibu saya.

“Kami 12 adik beradik dimana ibu yang menjaga kami dari kecil sehingga dewasa.

“Jadi, dia teringin untuk ke Mekah,” kata Zul kepada MH.

Zul ditemui di Royale Theater Shah Alam sejurus selesai membuat persembahan di pentas separuh akhir program tersebut.

“Baru-baru ibu dah pergi umrah, tapi sekiranya saya menang pada minggu depan (final) saya dah pasang niat untuk  bawa ibu mengerjakan Haji tahun depan,” kongsi Zul.

Selain itu, pelakon filem Mat Moto ini juga mahu berkongsi rezeki kemenangan bersama keluarga dan peminat.

Bukan sahaja duit kemenangan itu untuk ibu saya,tetapi saya akan kongsikan bersama isteri,anak-anak dan Insyallah akan adakan majlis bersama peminat yang mengundi saya tiap minggu,” jelasnya yang merupakan juara minggu ke-3 lalu.

Bintang tersebut berjaya menewaskan Sharifah Sakinah, Sweet Qismina dan Fahrin Ahmad pada pusingan awal.

Terdahulu, Datuk Rosyam Nor telah diumumkan tersingkir pada peringkat separuh akhir malam tadi.

Pertandingan akhir program itu akan berlangsung minggu hadapan (18 Oktober ini) yang memperlihatkan kehebatan empat finalis iaitu Zul Huzaimy, Datuk Aaron Aziz, Rita Rudaini dan Norkhiriah menguasai pentas dengan dialog spontan tanpa menggunakan skrip.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi manakala, naib juara wang tunai RM25,000.

Tempat ketiga RM10,000 dan tempat keempat RM5,000. Masing-masing turut membawa pulang trofi.

Dihoskan oleh Ajak dan Shahrul Shiro serta Seri Dewi Panggung, Erra Fazira, program itu bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (125).

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*