Wanita Nekad Batal Kahwin Selepas Calon Suami Gagal Jawab Soalan Mudah Matematik

UTTAR PRADESH: Seorang pengantin perempuan nekad tidak meneruskan majlis perkahwinan selepas calon suaminya gagal menjawab soalan mudah matematik yang diajukan.

Pengantin perempuan yang berasal Rasoolabad itu cuba menanyakan soalan mudah kepada bakal suami.

Wanita itu bertanyakan 15 ditambah dengan enam sama dengan berapa kepada kepada bakal suaminya, selepas curiga dengan tahap pendidikan lelaki itu.

Terkejut mendengar jawapan 17 yang diberikan oleh lelaki tersebut membuatkan wanita tersebut nekad untuk meninggalkan majlis berkenaan yang diaturkan kedua-dua mempelai.

Bapa kepada pengantin perempuan, Mohar Singh berkata, mana-mana murid darjah satu pun pasti boleh menjawab soalan itu dengan mudah.

Katanya ia sesuatu yang memalukan kerana pihaknya sudah melakukan yang terbaik bagi memastikan majlis ini berjalan lancar tetapi malangnya telah ditlpu.

Dia kemudiannya setuju dengan keputusan anaknya dan turut menyalahkan keluarga pengantin lelaki kerana dianggap tidak mementingkan tahap pendidikan anak lelaki mereka.

“Keluarga mempelai lelaki menyembunyikan maklumat tentang tahap pendidikannya,” kata beliau sambil menambah, kanak-kanak biasa pun tahu akan jawapannya.

Terdahulu, ahli keluarga pengantin lelaki telah cuba memujuk pengantin perempuan itu agar kembali dan meneruskan upacara perkahwinan.

Namun pujukan itu tidak mengubah pendirian wanita berkenaan untuk membatalkan majlis berkenaan.

Pengantin perempuan itu berkata, bahawa pengantin lelaki itu telah berb0h0ng tentang tahap pencapaian pendidikannya.

P0lis tempatan telah dipanggil untuk bertindak sebagai ‘orang tengah’ kepada dua keluarga tersebut sebelum masing-masing bersetuju bersetuju memulangkan kesemua hadiah dan barang kemas perkahwinan.

P0lis berkata, mereka tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pengantin perempuan selepas keluarga berkenaan bersetuju menyelesaikan masalah dengan cara baik.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: EraBaru

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*