“Saya Mohon Maaf Jika TersaIah & Terkurang” – Suami Lufya Minta Doakan Yang Terbaik

Suami kepada pelakon dan penyanyi Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz menjelaskan bukan caranya untuk membuka @ib atau membvrukkan mana-mana individu.

Menurut Hafiz, dia sebaliknya akan mengikut saluran yang betul demi menjaga hati ramai pihak.

Perkara itu dikongsi Hafiz menerusi satu posting terbaru di Instagramnya.

Jelasnya, dia juga tetap bersyukur walaupun ada sesetengah pihak melabelkan dirinya sebagai ‘d0ktor biasa’.

“Ya, memang saya seorang medical officer di sebuah klinik kesihatan dan masih belum jadi seorang specialist, consultant mahupun head of department. Saya juga tidak dikurniakan kuasa luar biasa.

“Namun, saya tetap bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang, kudrat serta kekuatan kepada untuk merawat pesakit dengan ikhlas,” katanya.

Tambah Hafiz, dia juga berharap orang ramai tidak terus membuat penilaian sendiri atas apa yang berlaku ketika ini.

“Doa yang baik buat kami. Semoga setiap perkara akan dapat kami selesaikan dengan cara yang terbaik.

“Saya ingin memohon maaf jika ada tersalah kata atau terkurang,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam sejahtera..Seperti mana yang telah saya katakan.bukan cara saya untuk membuka aib atau memburukan mana2 pihak. Negara kita ada undang2 dan demi menjaga hati ramai pihak. sy akan ikut saluran dan cara yang betul. Ini kerana saya mahu selesaikan setiap perkara dengan cara yang terbaik dan lebih professional apatah lagi ia melibatkan personal matter. Sy juga ingin menjelaskan perkara berkenaan statement yg dibuat ke atas saya “Doktor biasa je”. Yes memang saya Seorang medical officer di salah sebuah klinik kesihatan dan masih belum jadi seorang specialist,consultant mahupun head of department.sy juga tidak dikurniakan kuasa luar biasa. Namun saya tetap bersyukur kepada Allah swt kerana masih diberi peluang,kudrat serta kekuatan kepada sy untuk merawat pesakit2 sy dgn ikhlas.sy lebih happy apabila melihat senyuman yg dilempar oleh pesakit terhadap sy setelah kesembuhan yang Allah swt berikan terhadap mereka. sy berharap agar semua jgn cepat jump into conclusion malah mendoakan kearah kebaikan buat kami. semoga setiap perkara akan dapat kami selesaikan dengan cara yang terbaik.akhir kata saya ingin memohon maaf jika ada tersalah kata atau terkurang mana2. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt dan kekurangan itu adalah dari kelemahan saya sendiri. Sekian..

A post shared by Dr Che Hafiz (@chehafiz007) on

Semalam, Hafiz tampil memberi kenyataan ekoran ketidakhadiran ke sebutan permohonan c3rai yang difailkan isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya.

Menurutnya, dia telah memaklumkan pihak mahkamah berkenaan ketidakhadirannya terlebih dahulu.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak, Laana Haura, yang kini berusia dua tahun.

Kisah perg0lakan rumah tangga mereka dihidu media pada Oktober tahun lalu hingga diperkatakan ramai.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*