Ingin Alihkan Perhatian Isteri Dari Kesakltan, Suami Ini Buat Tarian Tradisional Dalam Bilik Bersalin

Keseluruhan proses bersalin dan melahirkan anak adalah perkara yang menyakitkan dan dan sangat meresahkan buat kaum wanita, namun dengan kehadiran suami di sisi sudah tentu dapat mengurangkan keperltan situasi itu.

Malah, menurut ahli psik0logi, memegang tangan pasangan ketika bersalin dapat mengurang kesakltan wanita.

Tetapi seorang lelaki dari Hainan, China ini melakukan lebih dari itu. Dalam usaha untuk mengalihkan perhatian isterinya daripada kes@kitan, Mr. Wang mengambil keputusan untuk menari untuk isterinya.

Memandangkan ia adalah pertama kali Mrs. Wang melahirkan anak pada usia 35 tahun, proses melahirkan menjadi lebih sukar baginya. Wanita itu juga dilaporkan bermandi peluh menahan kesakltan dan sangat cemas dengan situasinya itu.

Reaksi Mrs.Wang turut membuat suaminya resah, jadi dia meminta d0ktor untuk memberikan isterinya ubat tahan sakit yang tidak banyak membantu.

Buntu mencari jalan untuk meringankan beban isteri, Mr.Wang yang juga seorang guru tarian, mula membuat persembahan tarian tradisional di dalam bilik bersalin, dengan berpakaian hospital.

Melihat gelagat lelaki itu, staf hospital tidak terlepas untuk merakam aksi berbakatnya itu, malah menurut jururawat, dia berjaya membuat isterinya ketawa serta mengalihkan perhatian wanita itu dari kesakltan sehingga dia selamat melahirkan.

Sweet bukan? Ternyata Mr.Wang layak menerima anugerah suami terbaik 2019!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GoodyFeed via HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*