
Pasangan usahawan yang pastinya tidak perlu lagi diperkenalkan, Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida. Selain ramai suka melihat kejayaan pasangan ini, mereka juga memiliki ramai pengikut dilaman Instagram berikutan dapat belajar macam-macam perkara yang dikongsikan.
Bagaimanapun, terbaru Datin Shahida berkongsikan kisah sedih kerana diminta suaminya, Datuk Aliff untuk menjual kereta lamanya.
Namun begitu, siapa sangka dia sebenarnya dibelikan kereta baru. Datin Shahida turut mengucapkan terima kasih buat suaminya menerusi posting berkenaan selain turut berkongsi rasa senang dengan perkara itu.
Posting Datin Shahida yang kini sudah mempunyai pengikut mencecah 2 juta bagaimanapun menjadi perhatian peminatnya.
Di ruangan komen, rata-rata meninggalkan pelbagai maklum balas buat isteri usahawan terkenal ini selain dikatakan beruntung. Ada juga sempat mengucapkan tahniah buatnya selain turut bersyukur melihat kebahagiannya.
Alhamdulillah, seronok tengok Datin…
Oleh kerana, Datin bergambar bersama keretanya yang berwarna merah itu peminat turut memuji kecantikan Datin yang kini sedang hamil.
Dalam pada itu juga, netizen memuji Datuk Aliff yang pemurah dengan ahli keluarga serta isterinya sehingga dikatakan itu juga menjadi punca dia murah rezeki.
Sebab tula…
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Datin Shahida via HCL
Leave a Reply