
Pelakon Nazril Idrus yang juga suami kepada Sazzy Falak dinasihatkan supaya berehat selama dua bulan daripada sebarang aktiviti luar oleh d0ktor.
Nazril yang dimasukkan ke H0spital Kuala Lumpur baru-baru ini kerana kec3deraan teruk selepas terbabit kemaIangan sudah dibenarkan keluar dari wad pada Jumaat lalu.
Menurut Sazzy, Nazril menjalani pemb3dahan di bahagian tuIang selangkanya di HKL pada Selasa lalu.
“Alhamdulillah, pemb3dahan selama lima jam tersebut berjalan lancar dan suami sudah dibenarkan keluar dari wad pada Jumaat lalu.
“D0ktor juga meminta suami tidak banyak bergerak dan berehat di rumah selama dua minggu hingga keadaan pulih sepenuhnya,” katanya kepada Harian Metro.
Mengulas aktiviti berbasikal pula, kata Sazzy, doktor menasihatkan suaminya berehat selama dua bulan daripada aktiviti luar.
“Memang suami akui travma sedikit selepas kemaIangan itu tetapi saya tidak dapat menghalang minatnya untuk meneruskan aktiviti terbabit.
“Kami memang sama-sama meminati aktiviti luar termasuk berbasikal tetapi suami akan lebih berhati-hati daripada aspek keselamatan selepas ini,” katanya.
Dalam pada itu Sazzy mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama rakan rapat dan pengikut laman Instagram yang tidak putus mendoakan kesihatan suaminya sehingga sekarang.
Terdahulu tulang selangka sebelah kiri Nazril patah empat dengan tiga tuIang rusuknya turut retak kerana kemalangan.
Sazzy atau pemilik nama sebenar, Sazlini Shamsul Falak berkahwin dengan pelakon dan pengacara yang kini bekerja sebagai perunding kewangan, Nazril Idrus, 45, pada 2006.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang anak kembar perempuan iaitu Lily Imaan dan Tiara Rose, 8.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Harian Metro via Gempak
Leave a Reply