“Goodluck brother!” – Suami GeIabah Minta Pendapat Ramai, TersaIah Basuh Baju Isteri Dari Warna Putih Jadi Pink

Orang lelaki ni korang tahu lah kan, bukannya reti sangat bab buat kerja rumah ni. Tapi yang bagusnya mereka ini masih nak membantu isteri contohnya macam basuh pinggan ke, basuh baju ke kan…

Tapi dalam sibuk korang membantu tu, janganlah pulak korang buat salah macam apa yang lelaki ni buat. Menerusi perkongsian Adli Amirullah di Twitter, dia telah tersalah basuh baju isterinya sampaikan blouse warna putih dah bertukar jadi warna pink! Aiyoooo!

“Guys need help. Saya tersalah basuh blouse baru warna putih isteri saya… dan sekarang blouse putih tu jadi warna pink!”

Menurut Adli, semuanya bermula apabila dia basuhkan sekali blouse putih yang baru dibeli isterinya tu dengan baju warna merah. Bila dah habis basuh, barulah dia perasan baju putih tadi dah tukar jadi pink.

Malah lebih mengerikan, isteri Adli ni siap pernah bagitahu lagi baju tu dia saja-saja beli sebab sebelum ni memang tak pernah ada baju putih. Sungguhpun dia dah basuh, rendam bagai… warna baju tu tetap tak turun jugak!

“Sayang tadi i cari baju baru i, you dah basuh ke belum”

Adli jadi lebih gelabah bila isterinya mula mencari baju tersebut dan bertanya sama ada dia ada membasuhnya ataupun tak. Tanpa berlengah lagi, dia pun pergi mall untuk beli baju yang baru.

“Now she merajuk because I went to the mall without her”

Apa-apapun masalah dah selesai. Adli akhirnya menceritakan hal yang sebenar dan mujurlah isterinya tak marah cuma merajuk sebab tak bawa pergi mall sekali. Alahai!

Apa-apapun mujurlah si suami tak kena marah dengan isterinya. Kalau korang kat tempat lelaki ni mesti korang pun sama gelabah kan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*