“Aliff Aziz Hanya Jumpa Ayden”- Bella Astilah Dedah Situasi Anak Dan Bekas Suaminya.

Pelakon Bella Astillah mendedahkan anaknya, Mohamad Ayden Adrean, 2, hanya akan berjumpa bapanya, penyanyi Aliff Aziz jika secara kebetulan dia mempunyai urusan kerja di Singapura sahaja.

Bercakap kepada HLive, Bella kini sering ke negara jiran itu kerana memenuhi jemputan serta tawaran kerja di sana.

“Saya kini banyak menerima tawaran serta undangan kerja di sana.

“Biasanya kalau ada kesempatan saya akan bawa Ayden bersama untuk berjumpa bapanya.

“Jadi setakat ini Aliff hanya berjumpa dengan anaknya bila saya datang ke sana sahaja.

“Dia okay dengan keadaan itu, selebihnya dia menghubungi menerusi panggilan video sahaja,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The little angel that never fails to light up my darkest days. Daddy loves you buddy. Can’t wait to see you soon. ❤️✨ @aydenadrean17

A post shared by Aliff Aziz (@aliffaziz91) on

Umum mengetahui mahligai yang dibina Bella dan Aliff selama tiga tahun itu berkecai apabila suaminya itu didakwa kerap berlaku cvrang bersama wanita lain.

Bella memfailkan permohonan c3rai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu selepas beberapa kali tertngkap menjalin hubungan dengan wanita lain.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia dua tahun.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*