“Kenapa Lelaki Suka Pakai Seluar Senteng?” – Farahdhiya Tak Berkenan Lelaki Pakai Seluar Singkat

Bukan sahaja orang perempuan, orang lelaki juga kini memang ramai mengikut peredaran fesyen.

Antara yang mula menjadi ikutan termasuklah trend menggayakan seluar paras buku lali atau dengan nama lainnya digelar sebagai seluar senteng.

Bagaimanapun, gaya pemakaian itu nampaknya tidak berapa disenangi oleh pelakon dan penyanyi cantik, Farahdhiya.

Hal itu diluahkan bekas peserta Gegar Vaganza musim kelima itu menerusi satu status yang dimuat naik di Twitter.

“Kenapa lelaki suka pakai seluar senteng? Dah elok-elok pakai suit seluar pulak senteng, pastu stoking pun tak pakai.

“Lagi-lagi lelaki yang tak berapa tinggi, buruk naw, anda boleh mengatakan ia adalah fesyen, tetapi maaflah, ianya h0d0h,” tulisnya.

Pandangan penyanyi berusia 35 tahun itu kemudian mendapat pelbagai maklum balas dalam kalangan netizen.

Ada yang cuba menjelaskan kepada pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu bahawa ia merupakan fesyen pengaruh dari Korea.

“Feeling K-pop lah tu dan tiada pengetahuan tentang fesyen main redah je, janji di mata dia smart,” kata salah seorang warganet.

Jadi, selepas ini, mana-mana lelaki yang ingin cuba mendekati Farahdhiya yang masih solo itu, faham-fahamlah ya.

Jangan pula datang berjumpa dengannya berseluar senteng dan tidak berstoking. Awal-awal lagi nanti kena reject.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*