Elak Kahwin Di Usia Muda? Ini Jawab Eyra Hazali & Haziq Nadzli

Pengantin baru, pelakon Eyra Hazali dan pemain bola sepak Muhammad Haziq Nadzli tidak mahu terpengaruh dengan pandangan sesetengah pihak yang mempersoalkan mengenai keputusan individu yang bernikah di usia muda.

Kedua-dua pasangan itu sebaliknya mengambil pendekatan untuk meneruskan prinsip yang dipegang oleh mereka selama ini.

Menurut Eyra, tidak dinafikan orang ramai agak skeptikal dengan perkahwinan di usia muda.

“Namun kita tidak boleh bergantung sepenuhnya apa yang orang cakap. Jika rasa tak okay itu, mungkin itu adalah hubungan mereka.

“Apa yang penting kita kenal satu sama lain dan tahu nak selesaikan situasi, kita nak gembira bersama,” katanya.

Sementara itu menurut Haziq, dia percaya segala keputusan dan kehendak untuk berkahwin di usia muda terletak pada diri sendiri.

“Kawan-kawan ada juga kata ok dan tidak kurang juga kata tak sesuai. Tapi kami ambil jalan penyelesaian untuk nikah tahun ni juga,” katanya yang merupakan penjaga gol skuad bola sepak bawah 23 tahun negara.

Kedua-dua pasangan itu selamat diijabkabulkan di Masjid As-Syakirin KLCC, kira-kira jam 9.35 malam, Sabtu lalu.

Pelakon yang popular menerusi drama Mr Grey itu sah menjadi isteri Haziq selepas dinikahkan oleh bapanya, Hazali Ramli, disaksikan Pendaftar Bahagian Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdul Jamel Jaafar.

Dengan sekali lafaz, pelakon Eyra Hazali selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya iaitu penjaga gol skuad bola sepak bawah 23 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM3,001 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11

Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.

Eyra menggayakan persalinan hasil rekaannya sendiri dan dijahit oleh ibunya, Qhuzie Johari.

Majlis akad nikah itu dihadiri kira-kira 150 ahli keluarga dari kedua-dua belah keluarga.

Terdahulu, Eyra dan Haziq bertunang pada 1 Disember lalu selepas setahun menjalin cinta.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*