Selain Nabila Huda, Rupanya Amy Search Ada Seorang Anak Gadis Yg Mungkin Ramai Tidak Kenal. Memang Cantik Orangnya

Mungkin ramai yang mengenali hanya aktres Nabila Huda sebagai satu-satunya anak gadis kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search tetapi rupa-rupanya penyanyi itu ada lagi seorang anak perempuan yang menetap di Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS).

Sekitar 2 tahun lalu sempena ulang tahun kelahiran ke-59 Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, kisah ini mula menjadi tular apabila muncul kelibat seorang gadis sunti yang persis model itu menarik perhatian ramai netizen Instagram.

Difahamkan wajahnya pun ada iras Nabila dan mesra dengan ahli keluarga Amy yang lain. Rupa-rupanya gadis berusia 20 tahun bernama Irisha Myra itu ialah anak Amy yang kini menetap dengan bekas isteri ketiganya di AS, Roslisa Ahmad.

Amy dan Rosliza yang pernah berkahwin pada 1995 kemudian bercerai pada 2000 lalu ketika Irisha masih kecil baru berusia tiga tahun. Sebelum itu, dua lagi isteri Amy ialah Faridah Fadzil (1983-1985) dan Norliza Abdul Latiff (1990-1994).

Selepas lebih 3 tahun menduda, rocker kesayangan ramai itu kemudian mengahwini isteri keempat, Norhasliza Hassan pada 2003. Selain Nabila Huda dan Irisha Myra, Amy turut memiliki anak yang bernama Alexander Zulkarnain, Sania Samara dan Qaqa At-Tameemi.

Amy dan Norhasliza atau lehih dikenali sebagai Nourish pula kekal bahagia sehingga kini. Mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata dan kegembiraan Amy untuk menimang cahaya mata ke 4 bersama Norhasliza tidak kesampaian apabila isterinya itu keguguran sekitar 2018.

Berbalik kepada anak Amy, Irisha, apa yang menarik, Irisha Myra dikatakan telah mendapat pujian isteri Amy sekarang dan melalui media sosial apabila dia memuji gadis tersebut sebagai orang muda yang pandai membawa diri dan bersopan walaupun dibesarkan jauh di AS.

“ Buat masa ini saya lihat Irisha lebih minat dalam bidang pelajarannya di Universiti Houston, jadi biarlah dia tentukan apa yang ingin dilakukan dalam kehidupan dan masa hadapannya,” jelas Amy kepada media tempatan.

Kecantikan Irisha benar-benar terserlah sebaik meningkat dewasa. Ramai yang memuji wajahnya yang mewarisi kecantikan ibunya yang juga bekas isteri Amy iaitu Roslisa Ahmad.

Gambar Irisha bersama ibunya Roslisa Ahmad

Malah Amy luah rasa syukur kerana dapat bersama-sama Irisha Myra sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dengan rakannya, Engku Emran dan pasangannya, Laudya Cynthia Bella.

 

 

Dari Pramugari Sampai Ratu Cantik, Inilah 3 Bekas Isteri Amy Search Yang Ramai Tak Tahu..

Jika disebut sahaja nama Amy Search, pasti umum mengenali penyanyi rock penuh aura ini. Peminat kumpulan Search serta peminat Amy sendiri bukan berada di Malaysia saja, malah di Indonesia juga ramai yang menjadikan dirinya sebagai idola.

Setelah 16 tahun berkahwin buat kali ke-4 bersama Norish atau nama sebenarnya Norhasniza Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 15, Sania Samara, 14, dan Qaqa At-Tameemi, 10 tahun.

Foto: Berita Harian

Seperti yang diketahui, Amy sebelum ini pernah gagal dalam perkahwinan sebanyak 3 kali sejak di usia muda lagi. Tapi inilah hidup, kita tidak boleh menjamin, tidak pula boleh menentukannya. Kerana semua ini sudah diatur oleh Yang Maha Kuasa.

 Amy berkahwin pula dengan Roslisa Ahmad pada Jun 1995. Seperti yang dilaporkan oleh Arkibnegara.blogspot, Roslisa pernah bergelar Ratu Cantik di Singapura. Amy & Roslisa dikurniakan cahaya mata, Irisha Myra (lahir pada 1997), dan mereka berc3rai pada 2000.

Wajah Irisha ada iras Nabila dan mesra dengan ahli keluarga Amy yang lain. Irisha kini menetap dengan Roslisa di Amerika Syarikat.

Pada usia 45 tahun, Amy akhirnya bertemu jodoh dengan Norish dan mereka berkahwin pada Oktober 2003. Perkahwinan kali keempat Amy terbukti utuh dan bertahan sehingga kini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: TVLejen

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*