Netizen Puji Lakonan Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Dalam Filem Pusaka

Filem Pusaka merupakah naskhah pertama yang menggandingkan pasangan pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana di layar perak sebagai teraju utama.

Sebelum ini, mereka pernah ditemukan dalam beberapa buah drama bersiri di kaca televisyen.

Menariknya, karya ini tidak menjual kisah kasih antara Syafiq dan Mimi di layar lebar.

Mereka berdua bergandingan sebagai Nuar dan Nur, pasangan kembar tidak seiras dalam Pusaka.

Filem ini semakin hangat ditayangkan di pawagam dan mendapat sambutan positif penonton.

Menerusi pemerhatian Gempak di laman Twitter, rata-rata peminat memuji keserasian antara Syafiq dan Mimi.

Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director’s Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak via RoseMerah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*