
Sesuatu peristiwa yang jarang sekali dapat dilihat hari ini apabila seorang anak muda menyantuni warga emas ketika bertugas. Rakaman perlakuannya itu tular baru-baru ini di sosial media sehinggakan ramai yang terharu menontonnya.
Video tersebut memaparkan seorang pramugara sedang melayan seorang nenek di dalam kapal terbang. Layanannya sungguh sopan dan dia turut menyuapkan makanan pada warga emas itu.
Menurut Armani Imay, video tersebut dirakamnya ketika dalam penerbangan Lion Air. Difahamkan nenek dalam video itu berusia 117 tahun tidak mahu memakai tali pinggang keselamatan sedangkan pesawat sudah mahu take off.
Namun pramugara tersebut membantu menenangkan dan melayani warga emas tersebut dengan penuh sabar.
“Cara pandangan dengan penuh kasih sayang…”
“Tiba2 berlinang air mataku..”
“Ibumu paling bertuah melahirkan kamu”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Sinar_my / Armani Imay / Tribunnews via HCL
Leave a Reply