“Mohon Dijauhkan Dari ‘Sy4itan’”- Sambut Birthday Tanpa Syamsul, Puteri Sarah Doa Rumah Tangga Berkekalan

Pelakon Puteri Sarah Liyana menerima kejutan sempena ulang tahun kelahirannya di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik ke Instagram, Puteri Sarah dikejutkan dengan kehadiran dua biji kek oleh pihak hotel.

Puteri Sarah yang hari jadinya jatuh pada 1 Disember 2020 (hari ini) dilihat hanya bersama sepasang anaknya meniup dan bergambar bersama kek tersebut.

“Selamat ulang tahun buat diri ini, yang selalu berjuang tak kenal lelah, ku berharap semoga Allah selalu permudahkan segala urusanku amin.

“Sarah tak minta banyak , cuma nak minta semua tolong doakan tahun 2021 Sarah lebih baik dari 2020 ni,” katanya.

Meskipun tidak kelihatan kelibat suaminya, Syamsul Yusof ketika meraikan hari jadinya itu, namun Puteri Sarah tetap mendoakan agar rumah tangganya berkekalan dan mengimpikan keluarga bahagia untuk tahun 2021.

“Doakan kesejahteraan keluarga sarah, keluarga bahagia dunia akhirat sarah dan rumahtangga sarah berkekalan hingga ke jannah.

“Semoga 2021 sarah & family bertambah baik dan dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak elok. Mohon diajuhkan dari gangguan j1n dan ‘sy4itan’” pintanya lagi.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan kebahagian keluarganya.

Terdahulu, ibu Syamsul tampil mendedahkan pasangan itu sudah dua tahun tidak tinggal bersama dengan mereka.

Syamsul dan  Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*