Bukan berus tapi pak imam guna s4bit hasilkan potret Ronaldo… 3 jam dah siap, mula-mula c4mpak bahan dulu! – “Pakai gunt1ng, spanar, playar pun boleh”

ALAT seperti s4bit, p4rang dan penyodok sering digunakan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan rumah dan kebun. Namun siapa sangka, pemuda ini menggunakan alat tersebut untuk menghasilkan sebuat potret dengan begitu mudah.

Video yang dimuat naik oleh Jefriddin Suliman, 37, berjaya mengagumkan pengguna di TikTok untuk menghasilkan sebuah potret pemain bola terkenal iaitu Ronaldo.

Rakaman visual tersebut meraih hampir 300,000 tontonan di aplikasi tersebut.

Mesra disapa Jefri, dia mula memuat naik videonya menghasilkan lukisan sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu atas dorongan isterinya Dwi Susantie Sumbogo, 31.

Kerana mahukan kelainan, dia menggunakan peralatan seperti s4bit, gunt1ng, spanar, playar, garfu, sudu dan macam-macam lagi untuk melukis.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya mula buat channel YouTube dan menggunakan alat seperti s4bit, gunting, spanar, pelayar, garfu, sudu dan macam-macam lagi, tetapi saya tidak tunjuk wajah sendiri, cuma bahagian kertas sahaja.

“Bila PKP fasa ketiga tu saya cubalah guna alat-alat tadi, tak sangka pula dapat sambutan. Isteri saya kata sayang kalau tak muat naik hasil lukisan di media sosial, jadi dialah yang tolong daftarkan akaun TikTok.

IMG_5890

Jefri memuat naik hasil lukisannya di media sosial ada dorongan isterinya

“Memang dari dulu lagi saya terfikir nak buat sebab nampak di YouTube orang luar negara guna teknik melukis sebegitu. Kadang-kadang tu tak berapa nak menjadi, tetapi saya tak pernah pvtus ada dan berlatih bersungguh-sungguh selama tiga bulan sampailah dapat hasilkan lukisan seperti sekarang,” katanya yang menetap di rumah keluarganya bersama isteri di Kampung Rancangan Klias, Beaufort, Sabah.

Jefri yang bekerja sebagai seorang imam Rawatib Kampung Tebuk, Beaufort, memberitahu dia minat melukis sejak sekolah rendah lagi kerana terikut dua abangnya iaitu Mat Jari, 51 dan Mat Nazri, 39, yang suka melukis.

Sebelum mencuba melukis potret dengan teknik yang agak luar biasa ini, Jefri pernah melukis mural, pemandangan, landskap, kartun, anime dan doodle art.

“Masa yang diambil untuk menghasilkan lukisan seperti di TikTok itu bergantung kepada saiz kertas dan warna yang digunakan. Selalunya dalam satu hingga tiga jam dan boleh siap, tapi kalau ada guna warna tu dalam empat hari baru siap.

“Saya campak-campak dahulu bahan yang hendak digunakan pada kertas, kemudian bila dah kering baru saya buat draft lukisan di atas kertas tersebut untuk menghasilkan satu potret.

Kalau boleh kita gunakanlah kreativiti dan imaginasi sendiri dan elak daripada men1ru hasil lukisan orang lain.

JEFRIDDIN SULIMAN

“Bagi saya, setiap lukisan yang dihasilkan itu mempunyai cabarannya tersendiri. Waktu nak campak-campak bahan tu memang kena jadi kreatif dan gunakan imaginasi sendiri,” ujarnya yang juga guru agama di Sekolah Agama Negeri Kampung Kelias, Sabah.

Anak ketujuh daripada lapan beradik itu memberitahu lukisan yang dihasilkannya sekadar hobi untuk mengisi masa lapang dan antara potret yang pernah yang dilukis olehnya ialah pelakon terkenal Donnie Yen, Jackie Chan serta pemain bola Lionel Messi.

Namun dia juga ada mengambil tempahan lukisan dan menjualnya pada harga yang bersesuaian dengan saiz yang ditempah.

“Harganya pula bergantung kepada saiz dan teknik yang digunakan untuk menghasilkan lukisan tersebut.

“Ada juga yang buat tempahan termasuk rakaman sewaktu proses melakukan lukisan tersebut. Kalau saiz A4 harganya dalam RM100, bagi lukisan sebesar A3 pula antara RM100 hingga RM200 dan untuk saiz A2 adalah dalam lingkungan RM200 hingga RM300.

IMG_5869

Antara teknik lukisan yang digunakan untuk Jefri bagi menghasilkan sebuah potret.

“Selepas ini saya merancang untuk membuat sesi live bagi mereka yang mahu melihat dan belajar bagaimana untuk melukis seperti saya. Sebenarnya semua pandai melukis, tetapi kena ada minat dan selalu berlatih melukis pelbagai benda.

“Kalau boleh kita gunakan kreativiti dan imaginasi sendiri dan elak meniru hasil lukisan orang lain. Sebaliknya, gunakan kebolehan yang Allah telah berikan kepada kita sebaik mungkin,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*