Lembu kesayangan berlalu pergi naik lori, air mata gadis ini turun bak hujan… malamnya terus demam! – “Nak bela haiwan hati kena kuat”

MELEPASKAN sesuatu yang disayangi pasti memer1tkan, apatah lagi untuk melupakannya. Begitulah yang dirasai seorang gadis yang menangis kerana terp4ksa mer3lakan seekor lembu kesayangannya dibeli bersama sekumpulan lembu ternakan lain.

Air mata yang mencurah seperti hujan sudah dapat menggambarkan kesed1hannya saat lori yang membawa sekumpulan lembu yang sudah dibeli itu berlalu pergi.

Gadis berkenaan, Nur Aqilah Ramlan berkata, lembu kesayangannya bernama Badang diternak bersama kira-kira 30 ekor lembu di kandang milik keluarganya, sejak Februari lalu.

Jelasnya, jumlah ternakan yang diusahakan di Kampung Jimah Lama, Sendayang, Negeri Sembilan untuk tujuan perniagaan itu mula berkurangan sejak lembu-lembu dijual untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha, baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kemudian pada Sabtu ada seorang pembeli mahu membeli kesemua baki kira-kira 20 ekor lembu di kandang, termasuk Badang.

“Selepas keluarga berbincang dan berfikir panjang, kami membuat keputusan untuk menjualnya kepada pemilik baru,” kata gadis berusia 20 tahun itu kepada mStar.

badang lembu kesayangan 5

Walaupun berbadan besar, Badang merupakan lembu yang jinak.

Lebih mesra disapa Qila, katanya, dia merupakan antara ahli keluarga yang membuat pemilihan lembu-lembu sebelum haiwan itu dibeli di Pedas, Rembau.

“Saya masih ingat dalam kandang tu, Badang merupakan lembu yang sangat besar, kiranya macam cinta pandang pertama. Kami berikan nama Badang sebab badannya yang sado.

“Walaupun besar, tapi Badang manja. Saya pernah mandikan dia dan bagi makan. Badang lebih jinak berbanding lembu-lembu lain,” ujarnya yang berasal dari Ampangan di Seremban.

badang lembu kesayangan 2

Qila cuba menyembunyikan kesed1han ketika Badang dan lembu-lembu lain dibawa pergi.

Anak keempat daripada lima beradik itu bagaimanapun menjelaskan sebab keluarganya menjual kesemua lembu meskipun begitu sayang dengan Badang.

“Pada awalnya bila keluarga nak buka kandang untuk ternak lembu, niat nak jual sebagai sumber pendapatan. Jadi, kami ikut niat dan amanah itu.

“Bila lembu-lembu tersebut dijual, kami akan rolling balik keuntungan dengan mengambil lembu-lembu baru,” katanya yang bertugas sebagai pegawai penolong kanan di kandang milik keluarganya itu.

badang lembu kesayangan 3

Ibu Qila turut sedih dengan pemergian Badang.

Berkongsi kenangan manis, Qila memberitahu, Badang yang berusia lebih dua tahun itu seperti memerlukan kasih sayang dan perhatian.

“Suatu hari, saya lompat-lompat sebab nak kibas kaki sebab ada semut. Tak tahu kenapa, bila saya lompat, Badang pun lompat seakan mengajak saya untuk bermain,” katanya sambil menambah keluarganya turut menternak kambing dan itik.

Kalau nak bela haiwan, hati kita kena kuat. Kita kena reda walaupun haiwan tu m4ti atau kena jual. Apa yang penting, kita jangan b3nci atau s3ksa haiwan, jaga dia macam adik-beradik.

QILA

Walaupun reda dengan keputusan keluarga untuk turut menjual Badang, Qila bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan kesedihannya melihat lembu kesayangannya dibawa pergi.

“Masa nak bye-bye Badang dah dimasukkan dalam lori tu saya okay lagi. Mulanya saya boleh tahan, siap bagi rumput dari tepi lori untuk bagi dia makan.

“Bila lori bergerak dari kawasan kandang, ke tengah jalan… saya dah tak kuat tengok Badang pergi. Saya men4ngis, malam tu saya terus demam mungkin kerana masih terkejut dengan pemergian Badang,” ujarnya yang baru mendirikan rumah tangga pada Mei lalu.

badang lembu kesayangan 4

Qila bersama lembu dan kambing yang diternak keluarganya.

Qila berkata, tempoh lima bulan bersama Badang meskipun singkat, namun amat bermakna bagi dirinya menyayangi seekor lembu yang dianggapnya sebagai ahli keluarga sendiri.

“Kalau nak bela haiwan, hati kita kena kuat. Kita kena reda walaupun haiwan tu mati atau kena jual. Apa yang penting, kita jangan benci atau seksa haiwan, jaga dia macam adik-beradik.

“Bila niat kita nak jual, maka jalankan amanah. Saya reda, dan percaya insyaallah kami akan jumpa lembu yang lebih baik daripada Badang,” katanya dengan nada sebak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*