Reaksi Wanita Melatah Buat Sw4b Test, “Auto Suara Bertukar…”

Mereka yang melatah selalunya pasti menjadi bahan us1kan orang di sekeliling yang suka mengvsik mereka yang melatah ini. Baru-baru ini pula, gelagat seorang wanita yang melatah ketika melakukan sw4b test ini menarik perhatian ramai.

Semuanya gara-gara reaksi lucunya semasa melakukan ujian itu sekaligus membuatkan netizen berdekah melihatnya. Malah netizen juga turut terhibur melihat gayanya yang melatah semasa melakukan sw4b test bersama-sama frontliner itu.

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu dilihat sedang bersiap sedia untuk melakukan sw4b test yang dilakukan oleh petugas tersebut. Sebaik sahaja ujian dimulakan, wanita itu mula melatah dan bertanyakan kepada petugas itu mengapa dia mencvcuk lubang hidungnya.

Reaksinya itu turut membuatkan petugas itu terkejut namun wanita itu kemudian memberitahu dirinya kuat melatah. Lebih melucukan, suara wanita itu juga akan berubah semasa melatah sehingga membuatkan yang lain berdekah melihatnya.

 

Bukan itu sahaja, wanita itu juga siap menggerakkan tangannya beberapa kali gara-gara melatah semasa melakukan sw4b test itu. Namun segalanya berjalan dengan lancar dan wanita itu berjaya mengawal reaksi melatahnya sehingga selesai.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat gaya melatah yang ditunjukkan wanita ini. Ada juga yang berseloroh berasa terkejut dengan perubahan suara wanita itu ketika melatah yang dikatakan lain daripada lain.

“Tiba-tiba keluar suara nenek kebayan. Terkejut akak tu.”

reaksi wanita melatah

“Melatah ni bukan saja buat, memang sendiri datang.”

melatah

“Comel je dia ngaku dia kuat melatah.”

komen

“Auto suara bertukar.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*