[VIDEO] Ikan Berkumpul Di Hujung Akuarium, Rupanya Ada Yang Memerhati!

Bagi yang ada membela beberapa haiwan peliharaan di rumah, pastinya bukan mudah untuk menjaga mereka lagi-lagi untuk memastikan keselamatan mereka terjaga. Sama macam yang dikongsikan oleh pemilik kucing ini apabila kucingnya dilihat memerhatikan ikan di dalam akuarium baru-baru ini.

Apa yang menarik perhatian ialah kesemua ikan di dalam akuarium itu turut sama takut dengan ‘mvsuh’ yang sedang memerhatikan mereka ini. Malah rata-rata netizen turut berdek4h melihat gelagat kucing itu yang asyik menonton ikan tersebut.

kucing

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu memberitahu pada awalnya dia berasa hairan melihat kelakuan ikan-ikan di dalam akuarium itu. Turut dapat dilihat, kesemua ikan itu berkumpul di satu sudut akuarium dan langsung tidak bergerak.

Malah pemiliknya juga siap memberitahu dia kemudian meletakkan makanan di dalam akuarium itu namun tidak diendahkan oleh ikan-ikan itu. Rupa-rupanya di satu sudut yang lain, seekor kucing sedang sibuk memerhatikan ikan di dalam akuarium.

Lebih melucukan, kucing itu kelihatan begitu tertarik dengan ikan-ikan itu dan duduk memerhatikan mereka sambil duduk berhampiran akuarium itu. Namun mujur tiada apa-apa yang berlaku dan kesemua ikan itu selamat di dalam akuarium.

Di ruangan komen, gelagat nakal dari kucing ini turut sama menghiburkan netizen yang menonton. Ada juga yang berseloroh tentunya kesemua ikan itu berasa cuak dan takut apabila gelagat mereka diperhatikan dari jauh.

“Sian member tu takut.”

ikan berkumpul

“Orang tengok je pun tak boleh…”

ikan

“Kenal pulak kucing ye. Sian duk hujung-hujung mesti semua ketakutan tu.”

komen

“Kesian dia ikan tak mau kawan.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : keramatviral

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*