Cara wanita ini ‘manjakan diri’ bikin terhibur, “Bila kau kahwin dengan lelaki tak romantik…”

Kehidupan orang dewasa penuh dengan tanggungjawab dan tek4nan sehingga kadang kala kita terlupa untuk menjaga diri sendiri dan memastikan bahawa minda kita sihat.

Sesetengah orang mungkin akan meluangkan masa di spa atau pergi bercuti untuk rehatkan minda, sementara ada juga yang mempunyai pasangan yang dapat memanjakan mereka dengan aktiviti romantik seperti menyediakan candlelight dinner.

Sebuah video yang telah menarik perhatian ramai di Twitter baru-baru ini pula menunjukkan bagaimana seorang wanita memanjakan diri sendiri dengan cara yang agak lucu.

Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna Nabil Fikran, seorang wanita dilihat menyediakan sarapan pada waktu pagi. Dia menggoreng cucur dan membuat secawan teh yang seterusnya dibawa masuk ke dalam bilik.

Hidangan itu kemudian diletakkan di atas meja sebelum dia kembali ke katil untuk tidur, sementara di sebelah katil terdapat nota yang bertulis, “Selamat pagi sayang, I love you.”

Wanita itu kemudian pura-pura baru bangun tidur dan teruja melihat nota dan hidangan yang disediakan untuknya oleh ‘orang tersayang’nya itu.

“Self love…”

“Jaga diri sendiri…”

“Bila kau kahwin dengan lelaki tak romantik…”

“Kita cipta kebahagiaan sendiri…”

“Takut satu hari nanti bangun jadi macam ni…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*