Nasi Kerabu Dijual Murah Dengan Lauk Meriah Ini Buat Ramai Terl1ur!

Nasi kerabu adalah salah satu makanan yang cukup sinonim dengan masyarakat di Pantai Timur. Nasi yang berwarna biru yang dimakan bersama lauk seperti solok lada, jeruk bawang putih, ayam, atau daging dan pelbagai lagi.

Popular dimakan tidak kira waktu sama ada untuk sarapan, makan tengahari atau pun makan malam. Malah hari ini nasi kerabu turut dijual secara meluas di negeri lain di Malaysia. Namun begitu baru-baru ini perkongsian satu video nasi kerabu dijual murah di Kelantan telah menjadi tumpuan ramai.

Screenshot at Aug 19 17-23-26

Dalam perkongsian tersebut kelihatan seorang wanita sedang membungkus nasi dan pelbagai lauk yang diminta oleh pelanggan. Kira-kira enam jenis lauk diletak dalam bungkusan itu sehinggakan ia tidak dapat ditutup dengan sempurna.

Lebih mengujakan apabila harga bagi sebungkus nasi itu adalah di bawah RM10. Berikut adalah perkongsian rakaman nasi kerabu dijual murah ini:

Wow, melimpah ruah bungkusan nasinya! Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @ajimo ini telah meraih lebih 1.7 juta tontonan. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen rakaman tersebut:

“Ni bukan kerabu dah ni, ini kekhamis sampai keisnin dah”

Nasi Kerabu Dijual Murah 3

“No wonder la member Kelantan belajar kat tempat lain kata makan mahal”

Nasi Kerabu Dijual Murah 2

“Nak ngamok aku dengar harga dia. Kat tempat aku RM11.50 nasi kerabu ayam percik dan kalau yang biasa RM5.50”

Nasi Kerabu Dijual Murah 1

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*