‘Untunglah Dapat Oppa!’ – Influencer Kahwin Lelaki Korea Jadi Perhatian, Ramai Minta Tips

Bagai bulan jatuh ke riba. Itulah perumpamaan yang paling sesuai untuk menggambarkan kisah seorang wanita Indonesia yang berusia 21 tahun yang berjaya menawan hati seorang jejaka Korea.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Na Dae Hoon di TikTok, dia bersama pasangannya Julia Prastini yang merupakan seorang influencer dan model terkenal di Indonesia telah selamat bernikah pada 1 Ogos lalu. Daehoon merupakan seorang chef, Youtuber dan model yang berasal dari Korea Selatan dan kini menetap di Indonesia.

Selamat bernikah pada 1 Ogos lalu

Pemuda berusia 27 tahun ini bukan sahaja handsome, malah berbakat serta fasih bahasa Indonesia. Daehoon dikatakan telah mengambil keputusan untuk memelvk agama Islam beberapa bulan lalu dan lebih menarik lagi isterinya juga merupakan seorang mualaf.

Dahulu, ibu kepada Julia Prastini telah kahwin untuk kali kedua dan memutuskan untuk memelvk agama islam dan turut mengajak Julia serta adiknya sekali.

Sama cantik sama padan

@aadaehoon

@wulan.lee 님에게 회신 iya sama @juletrulala

♬ Fire On Fire – From “Watership Down” – Sam Smith

Meskipun pada awalnya dia menolak, namun ahkirnya Julia bersetuju untuk masuk islam kerana ia merupakan cara terbaik untuk berbaik kepada kedua ibu bapanya dan dia menjadi mualaf sejak umur sembilan tahun.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat. Malah ada juga di antara mereka yang berharap agar mereka dapat berkahwin dengan jejaka Korea juga.

‘Tiba-tiba nikah, populasi orang korea yang single berkurang’

Sumber : aadaehoon, Tribun News

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*