[VIDEO] Shuib akhirnya ded4h wajah Ayash Affan – “MasyaAllah… sempurna”

SEPERTI yang ditunggu-tunggu ramai, akhirnya pelawak Shuib Sepahtu berkongsi wajah anak bongsunya iaitu Ayash Affan selepas hampir dua bulan dilah1rkan.

Menerusi Instagram, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 37, memuat naik rakaman video bayi tersebut untuk tatapan peminat di laman berkenaan.

“Assalammualaikum, nama saya Ayash Affan Shahmira. Terima Kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” tulis Shuib pada ruangan kapsyen.

Dalam video berdurasi dua minit lapan saat itu, Ayash dilihat sedang tidur lena di atas katil bayi.

Perkongsian Shuib itu mengundang sebak dalam kalangan peminat tatkala mengenang Allahyarh4m Siti Sarah yang meningg4l dun1a selepas melah1rkan puteranya itu.

shuib 2

Ramai tak sabar mahu melihat wajah Ayash Affan.

Malah rakan artis juga tidak ketinggalan menuliskan komen dan mendoakan semoga bayi itu diberikan kekuatan melalui kehidupan tanpa seorang ibu di sisi.

“MasyaAllah. Nampak sempurna, Ayash anda sangat kacak. Semoga apabila besar nanti menjadi anak soleh okay.

COMELNYA AYASH AFFAN!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Kenapa air mata tak boleh berhenti ni… semoga menjadi anak soleh ya sayang!

“Lambang pengorbanan ibu… jangan lupa ibumu nak.. sed1hnya tiap kali teringat arw4h Siti Sarah. Al-Fatihah buatnya,” komen pengikut.

shuib 3

Shuib bersama anak-anaknya.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

KOMEN NETIZEN:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*