“Baju Laki, Kain Pelikat Anak..” Belom Habis P4ntang, Ozlynn Sempoi K0ngsi 0OTD

Pelakon Ozlynn Wati berkongsi sekeping foto dirinya mengenakan Outfit-of-the-Day (OOTD) di laman Instagram yang masih menjalani proses berp4ntang selepas melahirkan cahaya mata keenam.

Menurut pelakon berusia 44 tahun itu, dia terpaksa bersabar duduk di rumah bagi menghabiskan tempoh 44 hari di kala orang lain sedang berseronok menikm4ti gelembung pelancongan di Langkawi dengan penuh bergaya.

“OOTD aku, t-shirt laki, kain pelikat anak sulung, bengkung zaman tok kaduk, stokin Sodiq, selipar aku, getah rambut CL aku.. watlek watpis!! Di kala org semua bergaya dapat bercuti.. aku 28 hari berpantang masih lagi berkawan baik dengan tingkap bilik..

“Pengganti tangan menarik bengkung untuk dililit.. kawan baikku pilis tapel (krim). Kau sabar jap Ozlynn.. bertahan dengan mata panda, bergasak dengan suami siapa nak bangun bila dengar anak ber ‘ehekkk’,” tulisnya.

Pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu berkata, dia mengakui cabaran dalam menguruskan rumah tangga namun bersyukur suami dan anak-anaknya bersikap ringan tulang dengan membantu antara satu sama lain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

“Penangan ibu beranak enam memang mencabar.. mana anak kelas online, kau nak bersauna, berurut, bertungku bertangas.. berbengkung..nak suap anak2 makan, nak pikir menu anak2..

“Perghhhh nasib baik semua kat dalam rumah nih banyak beralah dan membantu.. kalau tak mau tercacak rambut aku,” ujarnya.

Ozlynn berkahwin dengan pelawak dan penyampai radio, Johan pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.

Komen Netizen:

Terdahulu, media melaporkan anak sulung mereka Ariq menyambung pengajian dalam bidang perub4tan di Ireland selepas meraih keputusan cemerlang.

Sumber: Instagram Johan & Ozlynn

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : http://www.rosemerah.dnqj.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*