Isteri Reza Hasbi bebas Cov1d-19, bayi dalam kandungan sihat – “Syukur semuanya selamat… cuma dia mengadu cepat rasa penat”

TIADA apa yang dapat diluah oleh pelakon Reza Hasbi melainkan rasa syukur apabila isterinya, Rose Darlila Roseli disahkan bebas Cov1d-19.

Lebih melegakan apabila mengetahui keadaan kandungan isterinya yang sedang hamil tiga bulan juga dalam keadaan baik dan sihat.

“Alhamdulillah isteri dah boleh keluar pada Ahad, syukur semua selamat cuma s1mptom hilang der1a rasa tu ada lagi selain dia mengadu cepat rasa penat.

“Buat masa ni dia tinggal di hotel dulu sebab ahli keluarga yang lain masih lagi kuarantin. Rabu ini baru mereka potong gelang,” katanya kepada mStar.

Terdahulu Reza memberitahu isterinya menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Raw4tan Cov1d-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Sedang sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buluh disebabkan mengalami s1mptom ses4k nafas.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Reza Hasbi Official (RH) (@reza.hasbi)

Reza atau nama sebenarnya Muhamad Ridzuan Hasbullah yang kini berada di Kuala Kangsar, Perak berkata dia sudah tidak sabar untuk menemui isterinya itu.

“Kami pasangan jarak jauh, isteri saya berada di Subang dengan keluarga dia dan anak pertama kami sementara saya di Kuala Kangsar.

“Saya nak balik tapi ada saja halangan, dapat tawaran penggambaran pula.

Alhamdulillah isteri dah boleh keluar pada Ahad, syukur semua selamat

REZA HASBI

PELAKON

“InsyaAllah saya akan ke KL nanti untuk bawa isteri balik berehat di kampung,” katanya.

Dalam pada itu bercerita tentang kerjaya seni, Reza bersyukur apabila dia mula menerima banyak peluang berlakon.

“Alhamdulillah apabila produksi dah mulakan dibenarkan beroperasi saya ada terima tawaran berlakon. Saya banyak dapat job penggambaran di Gopeng, Perak… setakat ini ada tiga telemovie.

reza2

Reza berkahwin dengan Rose Darlila pada 2015 dan dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Rifqi Danial, 5, dan Muhammad Rafie Daiyan dua tahun

“Saving pun okay masih dapat menampung kehidupan kami sekeluarga,” katanya.

Reza berkahwin dengan Rose Darlila pada 2015 dan hingga kini mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Rifqi Danial, 5, dan Muhammad Rafie Daiyan dua tahun tujuh bulan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*