Achey terkesan tonton ‘Frontliner’, tak sangka jalan cerita sama dengan keadaan sebenar – “Bezanya dalam filem ibu saya men1nggal sebab Cov1d-19”

MENONTON lakonan sendiri dalam filem Frontliner membuatkan pelawak Achey Bocey terkenang saat ibunya Ngaisah Hassan bert4rung ny4wa mel4wan Cov1d-19 pada Ogos lalu.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata, jalan cerita filem berkenaan sedikit sebanyak sama dengan apa yang dilalui ketika ibunya dij4ngkiti wab4k itu.

“Sejujurnya jalan cerita filem itu memang boleh dikaitkan dengan keluarga saya sendiri. Bila tonton filem itu memang memberi kesan mendalam kepada saya.

Achey 2

Ibu Achey masih memerlukan bantuan mesin oksigen.

“Ibu saya sendiri baru-baru ini dij4ngkiti Cov1d-19 dan perniagaan keluarga saya juga terjejas disebabkan pandemik. Sama macam jalan cerita filem itu.

“Malah selepas ibu saya tonton filem itu, dia ada cakap dekat saya yang bezanya dia tak m4ti sebab Wan Maimunah yang melakonkan watak sebagai ibu saya dalam filem itu men1nggal sebab Cov1d-19.

Ibu saya sendiri baru-baru ini dij4ngkiti Cov1d-19 dan perniagaan keluarga saya juga terjejas disebabkan pandemik.

ACHEY

PELAWAK

“Bila dia cakap macam itu menusuk hati saya. Ibu saya memang ada peny4kit tambah pula dengan kesan v1rus itu masih ada. Sekarang pun dia memerlukan bantuan mesin oksigen di rumah,” katanya kepada mStar.

Pada 12 Ogos lalu, ibu ahli kumpulan Bocey ini dimasukkan ke Hospital Segamat, Johor pada 3 Ogos lalu selepas disahkan positif Cov1d-19.

Achey membawa watak sebagai anggota polis dalam filem Frontliner yang kini sedang ditayangkan di platform Netflix.

Achey 1

Selain Achey, Frontliner turut dibintangi oleh Azhan Rani, Beto dan Farah Ahmad.

Dalam pada itu, Achey mengakui setiap filem atau karya mempunyai kelebihan dan kekurangan memandangkan ia dihasilkan tidak mengikut citarasa semua orang.

“Sudah semestinya setiap karya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Sebab kita tak boleh nak buat cerita mengikut semua orang punya minat.

“Kita pun tak boleh nak puaskan semua orang. Filem itu hanya berkongsi mengenai pengalaman sebenar dan kesan Cov1d-19 yang melanda negara.

“Alhamdulillah pada yang suka menonton itu satu bonus untuk kami. Kalau ada yang komen tak suka, itu terpulang kepada mereka,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*