“Walau tak berbalas, hari-hari hantar mesej” – Balu m4ngsa tr4gedi kepala air di Yan mohon bantu cari motorsikal arw4h suami… sekadar kenangan buat 2 anak

DIA sedang berbual dengan suaminya melalui WhatsApp seperti biasa, berbual mengenai ragam anak bongsu mereka dan sesekali suaminya menghantar video keadaan air sungai keruh dan der4s akib4t hujan lebat di kawasan tempat kerjanya.

Mesej terakhir adalah sebuah video daripada arwah suaminya, Mohamad Faizal Mohd Zohir, 28 yang diterima Nornazliatul Aqilah Nazri, 26, tepat pada puku 4.45 petang.

Dia menghubungi suaminya pada jam 4.51 petang dan apa yang didengarinya hanyalah perkataan “hello” dan jer1tan suaminya memberitahu ada pokok tumbang sebelum talian diputuskan.

Selepas itu bertalu-talu mesej yang dihantarnya tidak berbalas, panggilan ke telefon suaminya itu juga sudah tidak lagi berdering.

“Saya mengg1gil satu badan,” cerita Nornazliatul.

Tragedi kepala air di Yan, Kedah pada 18 Ogos lalu dianggap sebagai bencana yang luar biasa.

Enam orang termasuk Faizal dilaporkan terkorban ak1bat dibawa arvs der4s.

Tangkap layar video kejadian kepala air yang dihantar Mohamad Faizal kepada Nornazliatul.

Bercakap kepada mStar, Nornazliatul berkata, walaupun reda dengan pemergian suaminya yang disifatkan sebagai seorang ayah yang baik dan penyayang, dia mengaku dirinya masih lagi menghantar mesej kepada suaminya untuk meluahkan rasa rindu yang tak terungkap itu.

“Anak-anak kecil lagi jadi tak berapa ingat sangat, yang abang baru lima tahun dia sibuk main ja, yang adik baru masuk setahun bulan Ogos lalu.

“Saya Alhamdullilah dah okay sikit, nak tak nak saya tetap kena terima.

“Hari-hari saya hantar mesej pada nombor dia walaupun saya tahu tak ada sesiapa yang baca dan balas,” katanya yang menetap di Gurun.

Gambar terakhir Mohamad Faizal bersama keluarganya yang diambil sewaktu hari raya tahun ini.

Anak-anaknya bersama arw4h kini menjadi dorongan buat Nornazliatul kuat dan meneruskan kehidupan mereka sekeluarga.

“Masa mula-mula memang mereka cari abang je la, tapi dia dah tahu papa dia dia kubur, dia kata dekat syurga, tiap-tiap malam suruh ajar dia baca doa untuk papa.

“Sekarang memang anak-anak je la yang menguatkan saya, saya fikir masa depan mereka,” katanya.

Anak-anak arw4h yang berusia setahun dan lima tahun.

Jelasnya, dia kini merasa takut dan fobia setiap kali hujan turun dengan lebat.

Menceritakan kembali hari kejadian, Nornazliatul berkata suaminya sudah beberapa hari bekerja di kawasan Pusat Rekreasi Titi Hayun.

“Suami saya masa tu bekerja membina pondok di Pusat Rekreasi Titi Hayun, bersama majikannya, arw4h Ahmad Din, 64, dan seorang lagi pekerja warga Indonesia dikenali dengan nama Wan.

“Bila tak dapat call suami, saya cuba hubungi majikannya tapi gagal juga, masa itu saya dah rasa tak sedap hati sehingga mayat Ahmad ditemui pada hari sama.

“Hari Khamis, saya ke Titi Hayun tunggu operasi pencarian sampailah saya dipanggil untuk buat pengecaman may4t di muara Sungai Undang,” katanya.

Anak arw4h sering minta diajarkan cara untuk berdoa buat bapanya.

Menurut Nornazliatul, ayah Mohamad Faizal, Mohd Zohir Ahmad, 62, yang kebiasaannya turun bertukang bersamanya merasa terkilan kerana tidak ada bersama anaknya pada hari kejadian.

“Kalau ikutkan suami kerja sekali dengan ayah dia, mereka ambil upah jadi tukang rumah tapi ayah dia baru lepas pembed4han usus jadi tak dapat bekerja.

“Sebab tu ayah suami terkilan sangat,” katanya.

Mohd Zohir (baju pink) yang kebiasaannya turun bertukang bersama Mohamad Faizal terkilan kerana tidak ada bersama anaknya pada hari kejadian.

Menurut Nornazliatul, mereka sekeluarga baru sahaja pindah dari Pulau Pinang awal tahun ini untuk mendiami rumah sendiri di Kedah.

“Di Pulau Pinang, suami kerja sebagai pembantu dapur di sebuah hotel dan saya pula kerja sebagai pembantu operasi di sebuah syarikata swasta.

“Bila pindah sekarang saya dah tak kerja, saya suri rumah sepenuh masa,” katanya.

Nornazliatul masih menghantar mesej ke nombor milik arw4h suaminya.

Nornazliatul yang kini bergantung kepada wang Pencen Penakat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang bernilai RM893 sebulan berkata, dia kini sedang mempertimbangkan keperluan untuk dia kembali bekerja.

“Buat sementara waktu memang bergantung pada faedah tu la (pencen penakat Perkeso), insyallah saya masih bertimbangkan (untuk bekerja semula) sebab anak masih kecil lagi, nak hantar pada pengasuh pun saya takut,” katanya.

Sementara itu, Nornazliatul turut meminta bantuan orang ramai untuk mendapatkan semula motorsikal jenis EX5 lama berwarna hitam milik suaminya dan dipercayai diletakkan di tempat letak motor berhampiran dusun Titi Hayun.

Motor EX5 lama ini merupakan antara barang kenang-kenangan bersama arw4h yang ingin disimpan buat anak-anaknya.

Katanya, motosikal dengan nombor plat PCX 1098 itu merupakan antara barang kenang-kenangannya bersama arw4h yang ingin disimpan buat anak-anaknya apabila dewasa kelak.

“Motor tu motor ayah saya tapi sejak kahwin pada 25 Disember 2015 memang arw4h yang guna motor tu.

“Saya tak kisah macam mana rupa motor tu kalau jumpa saya nak simpan untuk kenangan anak-anak.

“Saya nak tunjuk pada mereka yang papa mereka keluar untuk pergi mencari rezeki untuk semua,” katanya menambah sesiapa yang menjumpai motor tersebut boleh menghubunginya di talian 01124332720.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*