“Bila Kerajaan Dah Benarkan Menziarah, Tak Ada Pulak Berduyun Datang.. Mungkin Sibuk Bercuti Gamaknya” – Jasmin Hamid Tertanya Mengapa Kawasan Perkvburan Lengang

Pelakon popular, Jasmin Hamid meluahkan rasa ingin tahu apabila menyaksikan kawasan perkvburan yang sering dikunjungi untuk menziarahi pusara ayah dan bondanya kelihatan lengang walaupun selepas aktiviti menziarah dibenarkan oleh pihak kerajaan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Jasmin berkata, dia berasa agak hairan memandangkan ramai yang merungut tidak dapat melakukan aktiviti ziarah sewaktu tanah perkvburan diarahkan tutup akib4t penul4ran wab4k COV1D-19 yang melanda negara.

“Syukur kepada Allah… Dengan izin-Nya saya dapat ziarah kubvr arw4h mama dan arw4h baba saya setelah sekian lama tak dapat ziarah kerana Perintah Kawalan Pergerakan.

Walaupun doa yang tak pernah putus buat kedua arw4h Ibu bapa saya, tapi saat dapat menziarah kvbur orang tersayang teramatlah nikmat dan bahagia… Sesungguhnya arw4h tahu akan kehadiran kita saat menziarahi mereka.

“Cuma dalam hati kecil saya berkata-kata… Kenapa tak ada orang yang datang menziarah pusara? Selain dari orang yang sama saja yang selalu datang ziarah kubvr keluarga mereka, sedangkan masa tu adalah hujung minggu.

“Bukan semua orang kerja hujung minggu dan tinggal luar daerah pun. Kebanyakan yang dikebumikan di sini, keutamaan diberikan untuk khariah di sini… Hanya segelintir sahaja orang luar daerah.

“Padahal masa PKP hari tu, ramai yang merungut kenapa tutup kawasan kubur, marah tak dapat ziarah kubvr dan sampai ada yang kena sam4n sebab ziarah kvbur masa PKP, “ luah Jasmin.

Dalam masa sama, pelakon berusia 47 tahun itu turut berkongsi pengalaman yang terpaksa dilalui ketika menziarahi pusara sewaktu musim perayaan.

“Pengalaman saya sendiri, ramai yang ziarah kubur hanya masa Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sahaja. Sampai sesaklah jalan nak masuk kvbur.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Dah macam pesta… Semenjak pada tu, menjelang hari raya, saya akan menziarah kvbur arw4h ibu bapa saya sehari sebelum sebab tak sanggup nak berebut parking dengan pengunjung yang datang berziarah.

“Bila Kerajaan dah benarkan menziarah, tak ada pulak berduyun yang datang menziarah? Mungkin ramai yang sibuk pergi bercuti gamaknya.

Penuhkan tempat percutian dari datang menziarah kvbur dan penuhkan masjid. Ini adalah fitrah manusia. Husnudzon sahajalah,” tulis Jasmin.

Dalam pada itu, Jasmin turut berkongsi pesanan yang diterima oleh arw4h opahnya suatu ketika dahulu. “Saya sentiasa ingat pesan arw4h opah saya.

Selagi kita hidup, kerja tak akan pernah habis. Dan sibuk kerja bukanlah alasan yang boleh dipakai untuk kita abaikan masa bersama orang tersayang.

Komen Netizen:

Kita sendiri yang kena tentukan masa itu selagi Allah masih pinjamkan nafas buat kita. “Semoga Allah ampunkan segala dosa saya dan seluruh umat muslimin dan muslimat… Diharamkan az4b api neraka dan fitn4h kubvr.

Mendapat Husnul Khatimah, ditempatkan di dalam syurga-Nya tanpa hisab dan dapat bersama dengan Baginda Rasulullah di dalam Syurga Firdaus. Amin,” tutup Jasmin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*