Tak pakai baju ketika bersenam di gim, lelaki ini bingung diganggu lelaki lain

SEORANG pengunjung gim dipuji apabila dia berani berhadapan dengan seorang lelaki yang merakam aks1nya sedang bersenam dalam keadaan tidak berbaju.

Nick Nush, dari Pennsylvania, Amerika Syarikat, sedang bersenam di sebuah gim sebelum menyedari seorang lelaki sedang merakam dirinya dari bahagian belakang.

Nick kemudiannya meletakkan telefon miliknya di satu sudut untuk merakam tindak-tanduk lelaki berkenaan sebagai bukti.

Tidak lama kemudian, Nick terus menghampiri lelaki tersebut dan menyoal motif disebalik tindakannya itu.

“Apa yang kamu lakukan?” soal Nick.

Imbas Nick, lelaki itu seolah-olah ber4ng selepas disoal dan turut melabelkan dirinya sebagai seorang yang an3h.

Video:

@nicknush0

Got cursed out at the gym🤷🏼‍♂️ #fyp #foryou #viral #angryman #gym #gymhumor

♬ original sound – NickNush

“Saya keliru kerana saya tak kenal lelaki itu, saya tak faham apa yang berlaku dan kenapa dia m4ki-h4mun saya,” ujar Nick lagi.

Bukan sahaja enggan mengaku, lelaki tersebut turut menghempas botol minuman sebelum berlalu pergi dari lokasi itu.

Di TikTok, rata-rata netizen memuji sikap Nick yang berani untuk berhadapan lelaki tersebut. – Daily Star.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*