Langit gelap, piknik bertukar pan1k! Dua gadis menggelabah packing takut basah, tapi kawan lelaki tenang layan makan – “Orang sibuk kemas, dia sibuk menyuap”

SIAPA sangka, aktiviti perkelahan tepi pantai yang dirancang tiga sahabat dalam tempoh dua minggu ‘musn4h’ dalam masa beberapa minit sahaja gara-gara hujan!

Aks1 mereka yang kelam-kabut mengemas bekas makanan dalam suasana angin yang bertiup kencang, benar-benar lucu dan menghiburkan warganet.

Namun gelagat salah seorang daripada mereka yang langsung tidak pan1k malah sedaya upaya cuba menghabiskan makanan dalam pinggannya, lebih mengg3letek hati netizen.

Steady betul… yang lain dah menggelvpur dah, dia bantai makan lagi.

“Kena ‘pangkat’ set4n (sy4itan) pun dia relaks lagi hahahaha,” demikian antara komen lucu yang dilontarkan netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Mengimbas kembali insiden lucu yang berlaku pada 1 Oktober lalu, Norain Nadhirah Razemi berkata ketika itu dia dan dua sahabat baiknya, Nurul Najwa Fatihah Roslan (Yuyu) dan Ahmad Fakrurazi Razali berkelah di tepi Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman.

“Kami plan nak picnic dua minggu sebelum itu lagi. Saja nak release tension sebab lama berkurung di rumah dan kebetulan Fakrurazi nak datang ke Kemaman… jadi kami nak spend masa bersama-sama sebab dia datang jauh dari Kuala Nerus.

picnic baru 1

Ain (kiri), Fakrurazi dan Yuyu sempat bergambar sebelum hujan turun.

“Malam sebelum kejadian, kami dah risau takut hujan sebab sekarang ni musim tengkujuh dan selalu hujan waktu petang. Tapi demi nak jayakan juga plan ni, kami teruskan saja.

“Kami bertiga sampai pantai lebih kurang pukul 5 petang dan mula ‘setting’ barang-barang. Masa tu dah redup dan mendung sikit tapi kami ingatkan sempat je nak makan.

“Baru je lima minit makan-makan, dah nampak kelabu di sebelah sana menandakan hujan akan turun bila-bila masa. Apa lagi, saya dan Yuyu paniklah lebih-lebih lagi kereta kami jauh sikit.

picnic baru 3

Tiga sahabat baik ini akhirnya hanya makan di dalam kereta selepas rancangan ‘picnic’ di tepi pantai tidak menjadi.

“Fakrul pula langsung tak gelabah. Dia selamba teruskan makan sebab lapar dan tak makan dari pagi. Ger4m juga orang sibuk kemas, dia sibuk menyuap,” ceritanya sambil ketawa.

Menurut wanita berusia 22 tahun ini, disebabkan tidak mahu ‘ditimpa’ hujan lebat, mereka terpaksa mengemas dengan cepat kerana mahu segera beredar dari pantai berkenaan.

Baru je lima minit makan-makan, dah nampak kelabu di sebelah sana menandakan hujan akan turun bila-bila masa.

NORAIN NADHIRAH RAZEMI

“Masa panik tu penutup bekas makanan pula tak jumpa… terpaksalah kemas asal boleh je dan masukkan semua dalam satu kotak besar. Memang berat dan ada banyak barang.

“Saya dan Fakrurazi berlari ke kereta dan cari jalan macam mana nak parkir dekat sikit dengan tempat kami tadi, sementara Yuyu tunggu di situ dengan barang-barang. Memang lencun kena air hujan.

“Tergelak kami masing-masing bila dah masuk dalam kereta. Sudahnya, kami bergerak ke tempat yang selamat dan sambung makan apa yang ada je sebab makanan banyak terkena pasir,” ceritanya yang senang disapa Ain.

picnic baru 5

Ain, Yuyu dan Fakrurazi mulai rapat sejak mula menuntut di UMT.

Bercerita lebih lanjut, Ain berkata insiden tersebut adalah antara momen lucu yang tidak dapat dilupakan sepanjang hampir tiga tahun persahabatan mereka.

“Kami bersahabat baik sejak semester satu ketika menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kami bertiga berasal dari Terengganu dan di UMT, kami ambil jurusan yang sama iaitu Sarjana Muda Ekonomi.

picnic baru 4

Tiga sahabat ini juga gemar melakukan aktiviti outdoor.

“Memang kami bertiga sekepala dan suka spend masa buat aktiviti sama-sama seperti roadtrip, mendaki gunung (hiking) dan macam-macam lagi. Setiap kali bersama-sama, kami akan rekod video sebab nak buat vlog.

“Tak sangka video ni viral. Lucu bila baca komen-komen netizen. Tapi saya nak jelaskan, kalau ada yang rasa bahasa kami agak kasar tu, sebenarnya ia normal dekat sini lebih-lebih lagi borak dengan kawan rapat.

“Memandangkan picnic baru-baru ni jadi pan1c picnic, insyaAllah kami akan plan semula nanti,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*