Isu Samp4h Di Pantai Batu Layar, Sekali TMJ Bagi Respon Padu Habis!

Tular di media sosial apabila netizen mula meluahkan mengenai tahap kebersihan di tempat rekreasi di Batu Layar Kota Tinggi yang mempunyai terlalu banyak sampah. Luahan tersebut mendapat perhatian Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Seorang netizen di Twitter yang dikenali dengan nama @Asyikin Mustaffa memberitahu bahawa tempat rekreasi terkenal tersebut semakin penuh dengan sampah sarap yang dilakukan oleh pengunjung yang hadir.

“@HRHJohorII just nak bagitau tempat rekreasi di Batu Layar Kota Tinggi terlalu banyak sangat sampah sarap, orang dtang berkelah dan buang sampah merata-rata..dan orang boleh berkelah di tepi-tepi sampah..Saya harap ramai ada kesedaran untuk menjaga laut kita.”-Tweet @AsyikinMustaffa

Mendapat Respon TMJ

Dipetik dari laman Twitter rasmi Tengku Mahkota Johor, baginda akan meminta laporan penuh dari pejabat daerah, dan akan memastikan Pegawai Daerah mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya akan minta laporan penuh dari Pejabat Daerah, dan akan memastikan Pegawai Daerah mengambil tindakan sewajarnya.

Saya juga akan minta Kerajaan mendidik masyarakat kita untuk menjaga kebersihan alam sekitar, kesihatan, demi negeri dan kesejahteraan rakyat.”-Tweet TMJ

Netizen Luah Rasa Kes4l

Tinjauan Murai.my di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa kes4l dengan keadaan di tempat rekreasi tersebut.

“Memang sangat betul Tuanku. Saya pergi ke situ minggu lepas, sangat kot0r dan amat memalukan. Sampai tak sanggup nak ambil gambar. Tengok sahaja langsung balik.”

“Sedih orang Malaysia bersikap sebegini, tak tahu tanggungjawab jaga kebersihan persekitaran..Di Stulang Laut tu pun kalau lalu pepagi nak menikm4ti pagi dengan anak-anak kat situ tapi air banyak dengan sampah. Terus tak jadi nak bagi anak-anak turun jalan-jalan kat situ. Sungai-sungai pun perlu dititikberatkan.”

“Memang benar Tuanku, semalam saya baru singgah sana. Pusat rekreasi pantai batu layar semakin hari semakin teruk kotor dengan sampah. Harap Tuanku dapat ambik tindakan yang tegas dan cekap..” ujar mereka

Apa pendapat anda?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://murai.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*