Lampu Kelip-kelip Macam Filem Ser4m, Lelaki Ger4m Rupa-Rupanya Kucing Main Lampu

Siapa yang bela kucing tu mesti tahu kan kucing ni macam-macam perangainya. Walaupun pada luaran diorang ni nampak je comel, tapi kadang-kadang apa yang dibuat tu sangat rawak dan kita sendiri pun tak tahu kenapa.

Macam yang dikongsi di Tiktok @coenh ni, kita dapat lihat orang yang merakam video ini sedang menonton televisyen berseorangan, ketika lampu di ruang tamunya berkelip secara tiba-tiba.

Jika dalam mana-mana filem seram yang kita biasa tonton, selalunya bila lampu berkelip-kelip ni tandanya ada kehadiran benda-benda m1stik atau seram di sekeliling.

Rupa-rupanya, ada m4khluk berbulu kelabu comel yang tengah main suis lampu kat atas tembok rumahnya. Laa… ingatkan apa benda tadi.

Lucunya, kucing itu konsisten menekan suis lampu tersebut walaupun lepas ditegur oleh tuannya untuk berhenti. Siap buat muka tak bersalah lagi tu!

Video berdurasi 10 saat itu tular di Tiktok baru-baru ini, dengan jumlah like melebihi satu juta dan menerima lebih dari 10 ribu jumlah komen dari netizen.

Video:

@coenh

Not my video.. too good not to post😹 #catsoftiktok #catlover #funny @GeorgeJanko

♬ origineel geluid – Coen Hornman

Kebanyakan respon netizen yang dilihat melalui ruang komen cukup menghiburkan.

Ada yang mempertikai kucing itu bertindak macamlah dia pun turut serta bayar bil elektrik.

Ada juga netizen yang menyatakan bahawa tangan kucing itu sebenarnya tak bergerak pun. Ah sudah…

Tak boleh ramal betul gelagat si comel ni, kan? Macam kucing korang, ada ke pernah buat benda pelik-pelik sebelum ni?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*