Hairul Azreen & Hanis Zalikha Pentingkan Keselamatan Anak Dari Duit, Fazura Tertarik Idea Percutian ‘Kayangan’

Idea pasangan selebriti Hairul Azreen, 33, dan Hanis Zalikha, 31, membawa dua anak mereka, Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah bercuti menaiki helikopter ke Tasik Kenyir, Terengganu adalah satu keputusan terbaik di kala negara masih belum bebas daripada v1rus Cov1d-19.

Perkongsian percutian mereka di Instagram (IG) ternyata telah menarik perhatian wargamaya untuk memberi pelbagai reaksi.

Sanggup berhabis duit

Walaupun dianggap ‘kayangan’, namun rata-rata peminat bersetuju dengan pilihan keluarga ini kerana sanggup menghabiskan sejumlah wang yang banyak demi keselamatan anak-anak.

@shzrilrsydan: Bagus sangat keluarga ini, berhabis duit untuk momen dengan keluarga baru berbaloi. Simpan duit banyak-banyak buat apa? Memori tu berharga.

@ainaa.shaecaa: next level ni. Dari sesak dengan orang ramai kan?? Betul-betul jaga diri. Suka tengok.

@anggrek_raasputeri: Lagi selamat dari berhimpit. Kita pun tak tahu dengan keadaan sekarang kan? Lebih baik habis duit sikit.

Idea yang bagus

Sementara itu, aktres Fazura, 38, mengakui dia agak takut untuk membawa anaknya, Nur Fatima Aisya keluar sebelum ini. Namun, tindakan Hanis dan Hairul ternyata telah memberi idea untuk dia melakukan perkara yang sama.

Ini adalah idea yang bernas Hanis! Saya sangat takut membawa Fatima ke mana sahaja. Jadi, ini memberi saya idea. Selamat menikm4ti percutian anda!

Terdahulu, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan dua cahaya mata Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah.

Sumber: Instagram @haniszalikha

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*