Eric Floor88 terkejut Iqbal ‘call’ minta lagu, letak syarat pergi kelas vokal dulu – “Saya tak nak makan RM500,000… tak berkat ambil kesempatan”

IBARAT mendapatdurian runtuh’, ahli kumpulan Floor88, Eric tidak menyangka mereka dihubungi usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli bagi merialisaikan impiannya mendapatkan sebuah lagu.

Eric atau nama sebenar Muhamed Eric Muhamed Fuzi, 29, yang dihubungi Iqbal pada pagi Jumaat memberitahu ahli perniagaan asal Kelantan itu meminta bukan sahaja satu, malah lima buah lagu untuk dirinya.

“Pagi tadi Iqbal ada hubungi saya dan Achoi tanya pendapat nak buat lagu, dia dapat nama kami dari komen-komen di Facebook.

“Iqbal kata ramai komposer lain mesej dia nak buat lagu… sebenarnya saya dah lama kenal Iqbal sejak di ASWARA lagi, sebab tu saya terpanggil untuk bantu dan nasihat dia mengenai industri muzik.

eric 3

Eric mahu bantu Iqbal realisasikan impiannya untuk bergelar penyanyi.

“InsyaAllah lagu hasil ciptaan Achoi, lirik oleh Eric sendiri. Kita akan berjumpa dalam masa terdekat untuk berbincang mengenai lagu ini dan lagu akan dibuat secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sementara itu, Eric memberitahu dia bersetuju menerima tawaran itu bukanlah disebabkan jumlah bayaran RM500,000.

Tapi saya letak syarat dekat Iqbal, dia kena ambil kelas vokal

ERIC FLOOR88

KOMPOSER

Sebaliknya, dia hanya ingin membantu Iqbal supaya tidak menjadi m4ngsa pen1puan orang lain.

“Semasa dia telefon tu saya cuma nasihatkan dia jangan membazirkan RM500,000 untuk buat lagu sahaja.

eric 2

Eric mengakui bajet RM500,000 terlalu tinggi untuk sebuah lagu.

“Dia kenalah tahu kos sebenar dan target market untuk lagu itu… Iqbal terharu sebab kami jujur dan dia lock terus lima job projek lain selepas ini.

“Saya tak nak makan RM500,000, mungkin ada yang ghairah tengok angka dan duit sebesar itu, tapi sedarlah tak berkat ambil kesempatan.

“Lagi pun kenapa nak bazir keluarkan duit sebanyak itu untuk buat lagu pasaran Malaysia sahaja. Saya minta bayaran harga semasa, memang tak ambil lebih pun. Angka RM500,000 itu boleh buat banyak projek lain lagi selepas ni.

“Tapi saya letak syarat dekat Iqbal, dia kena ambil kelas vokal,” ujarnya.

Pada Rabu lalu, Iqbal memaklumkan dia menerima banyak mesej daripada komposer yang menyatakan hasrat mahu menghasilkan lagu antaranya Caprice dan komposer terkenal dari seberang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*