K4rma Buat Oyen, Kaki Tersep1t Di Celah Kerusi Lepas Cuba Cvri Makanan Lelaki Sedang Tidur

Sebut sahaja tentang Oyen di Malaysia, pasti anda akan terbayangkan kucing berwarna jingga dan mempunyai telatah serta perangai yang unik berbanding dengan kucing lain.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh seorang individu dari Indonesia, dia berjaya merakam satu kejadian pelik tetapi lucu yang melibatkan Oyen di sebuah kedai makan.

Dalam video tersebut, seekor Oyen dilihat sedang cuba untuk mencvri makanan seorang lelaki yang sedang tidur dengan meletakkan kepala di atas meja.

Mungkin kerana badannya yang kecil dan kaki yang terlalu pendek, kaki Oyen itu tiba-tiba terjatuh dari kerusi ketika sedang asyik mencvri makanan.

Sudah jatuh ditimpa tangga, Oyen yang terjatuh itu kemudiannya tergantung di kerusi selepas kakinya tersep1t di celah bangku yang dipijak. Jelas kelihatan Oyen itu terkapai-kapai cuba untuk melepaskan diri.

Kejadian ini akhirnya disedari oleh lelaki yang sedang tidur itu, namun kejadian lucu lain pula yang terjadi. Sedang Oyen berusaha untuk menyelamatkan dirinya, lelaki ini seolah-olah sedang mamai dan hanya memerhatikan Oyen buat beberapa saat sebelum menghulurkan bantuan.

Video:

@whiskasrasajengkol

All I want is ur food#fypシ #oyenbarbar

♬ All I Want – Olivia Rodrigo

Kejadian pelik tetapi lucu ini berjaya meraih hampir 10 juta tontonan. Ketika artikel ini sedang ditulis, video ini sudahpun mendapat lebih 42,000 komen dan 1.4 juta jumlah sukaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet lebih terhibur melihatkan lelaki itu yang ‘loading’ ketika Oyen sedang berusaha menyelamatkan nyawanya.

Komen Netizen:

Ingatkan Oyen dekat Malaysia je suka buat perangai, dekat Indonesia pun sama!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*