
Berjauhan dengan si bongsu yang mula menjalani kehidupan di sekolah tahfiz sejak 1 Ramadan lalu sudah tentu meninggalkan rasa kosong buat ahli keluarga.
Menurut Nasrul Othman, 23, sebagai abang sulung dia sempat membuat kejutan dengan menghadiahkan sepasang kasut bola buat adik bongsunya, Syahmi Othman, 13, sebelum bermulanya Ramadan baru-baru ini.
Dalam satu rakaman tular di TikTok yang meraih 50,000 tontonan, Nasrul mengejutkan adiknya yang sedang tidur sebelum menghulurkan beg kertas berisi sepasang kasut bola.
Ketika dihubungi mStar, abang sulung daripada empat beradik itu berkata, dia sudah lama merancang kejutan itu namun baru berkesempatan merealisasikannya.
“Saya memang dah rancang nak bagi kasut bola sebelum dia masuk tahfiz. Dulu saya pun main bola, tapi tiada kasut sebab ayah bukan orang senang.
“Tapi Alhamdulillah, dengan rezeki yang ada saya belikan kasut untuk dia. Sebelum itu saya ada letak syarat kepada adik.
“Dia kena main betul-betul dan buktikan kesungguhan, baru saya beli. Akhirnya dia dah berjaya main sampai wakil sekolah. Jadi saya buat keputusan untuk beli sepasang untuknya.
View this post on Instagram
Nasrul bersama adik bongsunya, Syahmi.
“Sejak ada pendapatan sendiri, memang niat saya nak berkongsi rezeki dengan keluarga dan kawan-kawan. Walaupun tak mahal, yang penting ikhlas dan bermakna,” ujar Nasrul.
Cerita Nasrul yang kini bekerja sambilan sementara menunggu tawaran menyambung pengajian ke peringkat Ijazah, adik bongsunya sudah mempunyai kasut bola, namun keadaannya sudah lusuh dan terkopak.
Saya anggap ia sebagai hadiah sebelum dia masuk tahfiz… bagi rasa apa yang diusahakan selama ini tak sia-sia.
NASRUL
“Dia memang dah ada kasut sebelum ni, tapi daripada jenama yang kurang baik. Pakai sekejap dah terkopak. Sebelum ni dia kurang serius main bola, sebab tu saya tak beli.
“Lama-kelamaan nampak dia ada potensi, jadi saya terus beli. Saya tak nak letak harapan tinggi. Tapi kalau dia nak main bola sehingga peringkat lebih jauh, itu terpulang. Saya cuma nak tengok dia usaha sehabis baik.
“Di sekolah tahfiz pun, dia masih boleh bermain bola seperti biasa ketika waktu riadah. Paling penting kena fokus pengajian di sana,” ujar Nasrul yang juga bekas pelajar tahfiz.
Adik bongsu Nasrul menjejakkan kaki ke sekolah tahfiz pada 1 Ramadan lalu.
Dalam pada itu, Nasrul berkata dia tidak menyangka video kejutan yang dibuat ketika adiknya tidur akan tular di aplikasi TikTok.
Jelasnya, dia berkongsi video berkenaan sebagai tanda kenang-kenangan sebelum adiknya menjalani kehidupan di asrama di sebuah sekolah tahfiz di Kluang, Johor yang terletak tidak jauh dari kediamannya.
“Saya anggap ia sebagai hadiah sebelum dia masuk tahfiz. Bagi dia rasa apa yang dia usahakan selama ini tak sia-sia.
Nasrul membuat kejutan itu sebelum bulan puasa.
“Saya buat kejutan ketika dia tidur. Apabila dapat tu, dia terus nak pelvk saya. Dia tidur dengan kasut, kemudian apabila dia terlelap, saya alihkan kasut tu.
“Saya juga agak sed1h tak dapat hantar dia masuk tahfiz kerana saya kena kerja. Tapi lepas tu saya ada ziarah dia. InsyaAllah dia akan pulang ke rumah lima hari sebelum raya,” ujar Nasrul lagi.
Komen netizen:
Sumber: Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/
Leave a Reply