
Pelakon terkenal, Elfira Loy yang baru sahaja melahirkan cahaya mata kedua baru-baru ini berkongsi gelagat anak sulungnya yang mahukan perhatian.
Video anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf 4 tahun, merayu untuk membawanya mandi dimuatnaik di laman sosial Instagram.
View this post on Instagram
Bagi Elfira atau mesra di panggil EL, dia agak ‘nervous’ kerana ketika itu dia yang sedang berpantang hari ke-10 dan hanya tinggal bersama anak-anak.
Agak sukar untuk menguruskan anak sulung ditambah pula ada bayi yang masih kecil. Tambahnya lagi ketika itu ibunya keluar seketika untuk mengambil pembantu rumah.
Keadaan seperti ini pasti di lalui ibu anak dua dan pastinya setiap ibu yang melalui proses ini akan sedikit takut. Ye lah dalam keadaan berpantang, badan masih lagi sakit terpaksa pula melayan kerenah anak sulung yang masih tak mengerti apa-apa.
“Weekdays memang agak nervous sebab semua kerja , tok mama pulak keluar sekejap ambik bibik & my CL tengah prepare untuk sauna , bertungku semua.”
“Tinggallah me with these two babies. time ni lah tetiba nak shower pulak”
Rata-rata rakan selebriti dan warga maya berpendapat, anak sulung hanya mahukan perhatian dari seorang ibu.
Kredit: Elfiraloy
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://www.majalahpama.my/
Leave a Reply