Buat Roti Tak Pakai Sarung Tangan, Lana Nodin G4duh Lagi Dengan Netizen – “Mamak Uli Roti Canai Pun Mana Pakai …”

Pelakon dan usahawan Lana Nodin tampil memperbetulkan skeptikal segelintir pengguna media sosial yang mengec4mnya membuat roti tanpa memakai sarung tangan.

Jelas Lana, dia perlu tampil bersuara untuk menjelaskan perkara rasional yang tidak sepatutnya dijadikan isu oleh warganet.

“Saya sebenarnya okey je, kalau ada masa bila buat live kalau jumpa komen-komen yang perlu saya jawab saya akan balas balik.

“Cara saya, selagi kita tak bersuara sampai bila-bila mereka (haters) akan kec4m saja. Ada masanya kena bersuara, tapi saya bukannya selalu berg4duh.

“Jenis yang lebih-lebih saya akan sekolahkan balik… Macam hari tu ada yang kata saya buat roti tak pakai sarung tangan, saya cakap balik mana orang buat roti pakai sarung tangan.

Kau pergilah kedai mamak tu tengok sendiri. “Saya tahu soal kebersihan sebab saya pun orang Islam. Saya nak makan pun saya potong kuku, tak pakai pun quitex.

“Benda-benda logik, yang tak logik seperti body shaming tu saya tak layan… Perlu saya tegur saya tegur, saya nak educate mereka supaya mereka tahu,” ujarnya.

Lana ditemui pada majlis pelancaran gedung menjual barangan bakeri, Lana’s Bakery Land di Kota Damansara, Selangor pada Ahad.

Enggan bermuka-muka, kata Lana tindakannya yang dilihat kerap ‘berg4duh’ dengan netizen merupakan sikap sebenar dirinya.

“Siapa kenal saya, depan-depan sound direct. Semua tahu perangai saya. Tak ada yang gray area, sama ada hitam atau putih saja.

“Nak kenal saya ni senang saja straight forward. Kalau saya tak suka saya cakap, tak suka simpan rahsia atau bermuka-muka!” tegasnya.

Dalam perkembangan sama, Lana akhirnya membuka gedung beli-belah barangan bakeri yang telah diusahakannya sejak dua tahun lalu.

“Dari PKP saya mula usahakan Lana’s Bakery Land dan ketika tempoh itu, saya pun turut terjejas. Sewa tetap jalan, duit tetap mengalir walaupun kedai belum boleh beroperasi.

“Saya usahakannya sendirian, saya belajar dari bawah. Masuk kedai bakeri orang, belajar masak, buat pastri dan sebagainya.

Tiada orang nak berikan ilmu perniagaan ini… “Saya masih dalam proses pembelajaran, selalu bertanyakan kehendak pelanggan.

Macam suami saya selalu cakap, kalau nak sesuatu benda saya perlu usahakan dari A-Z, kena tahu memasak,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*