Rindu Lauk Malaysia, Yuna Masak Nasi Daun Pisang Di LA, Menjadi! – “Sedap Sampai Nak Nangis”

Penyanyi terkenal Yuna mengejutkan pengikutnya apabila cubaannya memasak nasi daun pisang ketika berada di Los Angeles menjadi.

Menurut Yuna, dia wajib menikm4ti nasi daun pisang setiap kali pulang ke Malaysia dan selalu teringin untuk mencuba memasak hidangan terbabit.

“Saya selalu cuba nak masak nasi daun pisang di sini tapi rasa macam mustahil. Tapi hujung minggu ni saya berazam nak masak.

Saya dan Adam pergi ke kedai runcit yang menjual barangan Asia di Los Angeles ni untuk membeli segala keperluan.

“Kami masak rasam, raita, papadom, saya sampai tempah daun pisang daripada @saywee_official. Kami masak sotong goreng tepung, ayam goreng dengan rempah India.

“ Apa yang saya boleh cakap, kami berjaya! Sedap sangat sampai saya nak menangis,” tulis Yuna di dalam satu hantaran di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Y U N A (@yuna)

Penyanyi berusia 36 tahun itu turut berkongsi video memasak pelbagai lauk untuk dinikm4ti bersama daun pisang.

 Pada masa yang sama, pemilik nama sebenar Yunalis Zarai itu turut meluahkan penghargaan buat suaminya yang sama-sama membantu dalam menjayakan hidangan tersebut.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan pujian terhadap usaha Yuna yang tidak melupakan asal-usulnya walaupun berkelana di negara luar.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*