
Sesekali memiliki haiwan peliharaan seperti kucing ini adalah satu kepuasan bagi pencinta kucing. Setiap hari banyak karenah kucing yang akan membuatkan kita tidak senang duduk dan ada juga yang akan tergelak kerana karenah mereka yang pelbagai.
Tidak dinafikan bila kita suka pelihara kucing ini, kita akan belajar banyak perkara yang baru. Kadang- kadang kucing akan memberikan kita pengalaman baru dan pengalaman yang tidak dapat dibeli jika kita bukan seorang pencinta kucing.
Sebenarnya kucing ni adalah haiwan yang suka berkawan, suka merayau-rayau dan suka bebas tetapi lain pula yang dapat dilihat pada sebuah rakaman video yang telah dimuatnaik di aplikasi Tik Tok apabila dua ekor kucing dilihat sedang melihat ke luar jendela melalui cermin tingkap.
Kedua-dua kucing itu melihat ke luar nampak seperti bersembang antara satu sama lain. Mungkin memikirkan nasib mereka yang tidak dapat keluar dari rumah dan hanya boleh melihat melalui cermin tingkap sahaja. Walaupun masih ada kawan tetapi tidak boleh merayau-rayau dan berjalan bebas di luar.
Video:
@izzsimai rutin harian setiap pagi..jumpa kawan² berkepak siap ajak borak..🤣🤣.. #fyp #kucinglucu
Menjengah ke ruangan komen pula, warganet masing-masing meninggalkan komen ahli mesyuarat tingkap kepada dua ekor kucing itu dan ada juga yang komen mesti sedang mengurat kucing lain itu.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://www.tiktok.com/@izzsimai
Leave a Reply